Kanak-kanak 10 Tahun Hidup Sendiri, Sara Diri Sendiri Setelah Kehilangan Semua Ahli Keluarga

51455

Kisah menyayat hati jutaan manusia seluruh dunia ialah mengenai seorang budak lelaki 10 tahun di Vietnam  dia enggan dijadikan anak angkat setelah kehilangan kesemua ahli keluarganya, sebaliknya dia tinggal sendiri dan bercucuk tanam sepanjang hari.

Walaupun kebanyakan kanak-kanak 10 tahun tidak perlu bimbang mengenai banyak perkara, hanya ke sekolah dan menikmati zaman kanak-kanak, Dang Van Khuyen menghabiskan masanya di  sekitar kampungnya di Vietnam, menanam sayur dan ubi untuk mengisi perutnya.

Kehidupannya tidak pernah senang. Dia kehilangan ibu semasa masih kecil dan tinggal dengan neneknya sementara bapanya berhijrah ke bandar untuk bekerja dalam bidang pembinaan bangunan.

Kehidupannya bertukar malang apabila bapanya terbunuh dalam satu kes kemalangan  tempat kerja manakala neneknya berkahwin lain di sebuah kampung lain dan meninggalkannya tanpa sebarang sokongan untuk menyara kehidupannya.

Khuyen sebelum ini bergantung hidup kepada wang yang dikirim bapanya untuk makanan, pakaian dan keperluan asas lain dan dia makan saja apa dimasak oleh neneknya, namun kini terpaksa melakukan segalanya sendiri.

Dalam satu video yang disebarkan oleh media Vietnam, dia menanam sayur di sekitar rumahnya dan mencari rebung buluh untuk dijadikan makanan.

Dia tinggal dalam sebuah rumah yang dibuat dari buluh, dan atapnya telah bocor, tetapi dia tetap enggan tinggal dengan keluarga lain sebagai anak angkat.

Selepas mengetahui mengenai kematian bapa Khuyen, guru sekolahnya telah mengutip dana untuk membawa mayat bapanya kembali ke kampung untuk dikebumikan serta memberitahu mengenai keadaan kanak-kanak itu kepada pihak berkuasa.

Disebabkan datuk dan nenek sebelah ibu mahupun bapanya enggan dia tinggal dengan mereka, tinggal dengan keluarga angkat ialah-satu-satunya jalan yang tinggal, tetapi dia enggan, mendakwa dia mampu menjaga dirinya sendiri.

Buat masa ini, Dang Van Khuyen bergantung pada ihsan para jiran untuk mendapatkan makanan berkhasiat seperti nasi, tetapi dia juga rajin mencari rebung buluh untuk lauk dan juga menanam sayur.

Dia berkata, dia lebih dari mampu menyara dirinya sendiri, tetapi mengakui tinggal dalam rumah buluh itu mencabar, terutamanya apabila angin dingin malam bertiup memasuki bilik tidurnya.

Sejak guru Khuyen berkongsi ceritanya di media sosial, bantuan dan sokongan kepada kanak-kanak itu telah datang dari seluruh pelosok negara.

Ada yang menawarkan untuk mengambil Khuyen menjadi anak angkat, dan ada yang sanggup mendermakan bahan makanan dan keperluan kepadanya, tetapi tidak dapat dipastikan adakah dia sudi menerima  pertolongan mereka.

Perkara paling mengagumkan, walaupun mengalami kesusahan,  dia tidak pernah ponteng sekolah walaupun sehari.

Setiap pagi, dia menaiki basikalnya, datang ke sekolah kemudian pulang untuk melakukan kerja-kerja rumah. – amazingnara.com

 

Comments

comments