Kanak-Kanak 6 Tahun Ditinggalkan Sendirian Maut Selepas Jatuh Dari Tingkat 15

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 15 Flat Ladang Gemilang Satu kelmarin.

Menurut laporan Harian Metro, kanak-kanak yang dikenali sebagai Mohamad Aryan Defa Danish Mohd Azizul itu tergelincir ketika berada di tepi tingkap ruang tamu semasa bersendirian di rumahnya.

Ibu mangsa difahamkan keluar ke kedai berhampiran ketika beliau dikatakan sedang tidur.

Advertisement

Dedah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar mayat Mohamad Aryan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.

Menurut saksi kejadian, Siti Mafatehah Alias mendedahkan, beliau dikatakan terkejut selepas terdengar bunyi benda jatuh ketika sedang tidur dari kediamannya di tingkat empat.

“Pada mulanya saya ingat sampah yang jatuh, namun selepas diberitahu oleh anak ada budak jatuh, saya kemudian melihat ke bawah dan terkejut kerana saya kenal kanak-kanak itu,”

Sumber: Harian Metro

Comments

comments