Kanak-Kanak Berusia 9 Tahun Dari Malaysia Menang Pertandingan Mencipta Tandas Untuk Angkasawan NASA

Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun yang dikenali sebagai Zyson Kang Zy Sun (Pei Yong Tan) dari Malaysia telah berjaya dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama NASA’s Lunar Loo Challenge bagi penyertaan umur di bawah 11 tahun.

Beliau yang berasal dari Shah Alam, Selangor itu telah mencipta “sut tandas angkawasan” yang dinamakan sebagai ‘Spacesuit Lunar Toilet’ itu telah dipilih NASA sebagai rekaan tandas terbaik.

Ciptaannya itu direka bagi memudahkan ia dipasang terus ke dalam baju angkasawan dan boleh berfungsi di ruang graviti dengan penghasilan vakum untuk menyedut cecair.

Advertisement

Untuk rekod, hasil rekaan itu, Kang juga turut berkongsi tempat pertama bersama seorang lagi peserta bernama Arun George John dan telah berjaya mengalahkan 897 peserta dari 85 negara lain. Selain dibuka untuk peserta bawah 11 tahun, NASA juga mewujudkan kategori Junior bagi peserta yang berumur 18 tahun dan ke bawah.

Sekadar informasi, pertandingan itu bertujuan mencari konsep baharu untuk ciptaan tandas bagi misi membawa semula angkasawan ke bulan yang akan diadakan pada tahun 2024 nanti.

Maka, angkasawan-angkawasan di masa hadapan pasti tidak rungsing lagi untuk membuang apabila sut yang direka kanak-kanak itu sudah menciptanya.

Sumber: NST

Comments

comments