Kanak-kanak Ini Dipukul Ibu Bapa Tanpa Sebab, Buat Netizen Berang

208


Satu video pendek ibu bapa dari Shenzen, China memukul anak perempuan mereka bergilir-gilir di wilayah Guangdong telah memicu kemarahan Netizen di China, lapor China Central Television Selasa lepas.




Menurut portal Shine CN, kedua ibu bapa tersebut telah mengaku bersalah setelah polis Shenzhen mula menyiasat kes itu pada 23 Disember, seperti yang diumumkan bahagian publisiti Jawatankuasa Daerah Bao di akaun Weibo mereka. Persekutuan Wanita daerah itu kini telah memohon perintah keselamatan peribadi untuk kanak-kanak perempuan yang didera itu.

Seperti yang ditunjukkan dalam video, si ibu mencekik anak perempuannya, menolaknya ke lantai tanpa sebarang sebab ketika kanak-kanak itu sedang menyiapkan kerja sekolah. Kanak-kanak itu duduk semula di kerusi setelah bangun. Namun beberapa saat kemudian, dia dipukul dengan penyapu pula tanpa belas kasihan.

Dalam satu lagi klip video, seorang lelaki yang memakai seragam syarikat penghantaran makanan menampar kanak-kanak yang sama dengan kuat dan juga memukulnya dengan penyapu.

Klip-klip penderaan itu disunting dari aplikasi pemantauan tempat tinggal oleh kawan si ayah yang bermain mahjong bersamanya. Kawan itu pernah meminjamkan telefon kepada si ayah untuk memantau rumahnya menggunakan aplikasi tersebut.

Kanak-kanak itu kini ditemani seorang kaunselor psikologi profesional dan pekerja sosial. Dia makan dan tidur dengan normal dan akan meneruskan persekolahan, menurut bahagian publisiti daerah. Kes itu masih dalam siasatan polis. – amazingnara.com

Comments

comments