Kanak-Kanak Kritikal Sejak Empat Hari Lalu Disyaki Dijangkiti Influenza A Meninggal Dunia

influenza a

Sebelum ini, dilaporkan sebanyak 89 murid disyaki dijangkiti virus Influenza di Johor. Jumlah ini didapati daripada data di sekolah-sekolah yang mempunyai pelajar dijangkiti virus ini. Selain itu, kawasan Pasir Gudang mencatatkan bacaan kes tertinggi di negeri Johor dengan 32 murid dijangkiti virus itu.

Baca: Pasir Gudang Mencatatkan Jumlah Kes Paling Tinggi Di Johor Dengan 89 Murid Dijangkiti Influenza

Seorang pelajar tahun satu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain yang disyaki dijangkiti Influenza A sejak empat hari lalu dilaporkan meninggal dunia pada malam tadi. Kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Berita kematian kanak-kanak itu dimaklumkan oleh bapanya kepada media melalui aplikasi WhatsApp pada malam tadi.

Namun punca sebenar kematian tidak dapat dipastikan apabila EXCO Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia Johor, Aminolhuda Hassan dan Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu,mengesahkan kanak-kanak itu dijangkiti influenza pada sidang media di Jabatan Kesihatan Johor, pagi semalam.

Advertisement

Tetapi, kanak-kanak itu dilaporkan negatif influenza dan kritikal disebabkan kegagalan hati dan buah pinggang seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal pada petang semalam.

Mangsa Influenza

influenza
Sumber

Sebelum ini, seorang kanak-kanak OKU disyaki dijangkiti Influenza A sejak Jumaat lalu meninggal dunia. Kanak-kanak tersebut mula mendapat demam panas dengan bacaan 38 darjah celcius pada Jumaat lalu. Setelah diperiksa, doktor maklumkan ianya hanya demam biasa saja.

Ketika kanak-kanak itu dibawa ke hospital swasta pada Sabtu lalu, doktor mengesahkan kanak-kanak tersebut mengalami Influenza A selepas pemeriksaan lanjut dilakukan.

Saya tak pasti macam mana dia terkena jangkitan cuma sebelum ini suami ada alami demam, namun sihat seperti sedia kala selepas mengambil ubat. Jangkitan itu mungkin juga terkena di luar.

Ibu bapa kepada kanak-kanak ini turut menasihatkan orang ramai untuk melakukan pemeriksaan lanjut sekiranya anak-anak mengalami demam panas. Untuk tahu langkah pencegahan Influenza dalam kalangan kanak-kanak, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Ikuti Langkah Pencegahan Virus Influenza Daripada Terus Merebak Terutamanya Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Sumber

Comments

comments