Kanak-Kanak Merajuk Sebab Donut Buat Netizen Terhibur

Tidak dinafikan, ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah memerlukan tenaga yang banyak untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam. Macam kita tahu lah, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri.

Telatah kanak-kanak ini pastinya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi dalam fasa ingin mencuba perkara baru. Ia sedikit sebanyak dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.

Tidak sah lah kan kalau sehari tiada perkara mereka lakukan yang menjadi hiburan bagi seluruh ahli keluarga, pasti riuh dan kecoh rumah dibuatnya.

Advertisement

Bagi pasangan suami isteri yang mempunyai anak kecil, hargailah detik-detik yang berharga ini kerana segalanya pasti berubah apabila kanak-kanak tersebut sudah meningkat umur dan menjadi dewasa.

Kanak-kanak lelaki ni buat lawak dan dia juga yang merajuk tidak mahu makan donut

Baru-baru ini tular di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna yang memaparkan gelagat seorang kanak-kanak lelaki merajuk kerana donut.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan 3 orang adik-beradik yang masih lagi kecil sedang berada di meja makan sambil menikmati donut gebu yang disediakan oleh ibu mereka di dapur.

@chadadiduHari tu dia cakap ummie. Hari ummie gelakkan awok! ???? original sound – Nurul Syakila

Apa yang menghiburkan ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila seorang kanak-kanak lelaki daripada 3 beradik itu berkata kepada kakaknya “Kakak, donut ini sama gemuk macam kita” di hadapan kamera.

Gelagatnya yang lucu itu telah mengundang ketawa seluruh ahli keluarga. Lebih melucukan apabila dia kemudiannya dia dilihat merajuk lalu meletakkan donutnya kembali kerana tidak dilayan oleh kakaknya dan ditertawakan oleh ibunya.

 “Merajuk terus baling donut tak nak makan. Hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 393.8 ribu tontonan, 30 ribu tanda like dan 1.3 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat kanak-kanak tersebut merajuk selepas ditertawakan.

Kanak-kanak merajuk baling donut
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Kanak-kanak merajuk baling donut
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang mengatakan gelagat kanak-kanak tersebut comel kerana dia yang bercakap kemudian dia yang sentap dan merajuk.

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan mereka turut sama mengikut kanak-kanak itu untuk tidak mahu makan donut. Ada-ada saja lah korang ni.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTikTok

Comments