Kapal Atas Rumah Antara Lokasi Kesan Peninggalan Tsunami Besar Di Acheh Semasa Tahun 2004

2090

Jika anda masih ingat pada tahun 2004 telah berlakunya satu tsunami besar di Acheh, Indonesia yang mengorbankan lebih 230,000 nyawa. Bukan sahaja penduduk tempatan malah pelancong juga turut sama terkorban.

Tsunami besar ini telah menghancurkan kawasan sekitar dan menjadikannya seperi padang jarak padang terkukur. Sehingga kini masih ada lagi kesan peninggalan akibat kejadian yang berlaku.

Seorang pengguna Facebook, Yamin Ismail berkongsikan bagaimana keadaan di beberapa lokasi yang menjadi mangsa tsunami tersebut.

Masjid Raya Baiturrahman

masjid di acheh
Masjid tercantik di Aceh dan juga di Indonesia. Terletak di tengah pusat bandar. Tak lengkap datang ke Aceh kalau anda tak singgah di masjid ini. Selepas renovasinya siap Mei lalu, masjid ini lebih cantik dan menyerupai Masjid Nabawi di Madinah.

masjid baiturahman

Semasa tragedi tsunami 26 Disember 2004, masjid ini kekal teguh berdiri ketika mana bangunan di sekitarnya runtuh menyembah bumi. Ia turut menjadi benteng perlindungan orang Aceh selain tempat evakuasi mangsa yang terselamat.

Muzium Tsunami Aceh

muzuem tsunami acheh
Perlu datang lawat untuk lebih mendapat gambaran tentang peristiwa tsunami 2004. Harga tiket 10,000 Rupiah. Sebaik masuk, anda akan melalui lorong gelap dengan aliran air di kiri kanan dinding dan alunan zikir. Terasa menyelami apa yang dialami penduduk ketika itu.

Direka oleh arkitek anak jati Aceh, muzium yang menggabungkan seni Islam dan budaya masyarakat Aceh itu menggambarkan seolah-olah gelombang tsunami dan kapal penyelamat pada binaannya. Di satu ruang penuh dengan nama mangsa yang terkorban dalam tragedi yang meruntun jiwa.

Kapal PLTD Apung

Ajaib tetapi benar. Itulah tatkala kali pertama anda melihat kapal janakuasa elektrik milik syarikat janakuasa tempatan PLN yang dikenali PLTD Apung. Akibat gelombang tsunami besar, kapal ini terseret hingga lima kilometer ke tengah Banda Aceh.

kapal pltd apung
Dari 11 orang anak kapal, hanya seorang yang selamat. Boleh naik ke atas dan ada pameran di dalam. Anda juga boleh meninjau kawasan sekitar.

Kapal di atas rumah

kapal atas rumah
kapal atas rumah
Betapa kuatnya hentaman tsunami hingga kapal seberat 20 tan ini dipukul ombak dan tersangkut di atas rumah penduduk di Gampong Lampulo. Kapal ini panjang 25 meter dan lebar 5.5 meter dibuat dari kayu. Menurut penduduk kampung, berkat kapal ini 59 orang terselamat pada hari kejadian.

Perkuburan besar mangsa tsunami

monumen perkuburan tsunami
Perkuburan besar mangsa tsunami ini terletak di Gampong Siron lebih kurang 20 minit perjalanan dari Banda Aceh. Percaya atau tidak, di sini sebanyak 46,718 mayat mangsa tsunami telah dikebumikan.

Memang sedih berada di sini. Disini disediakan surah Yasin jika anda dapat meluangkan masa. Jangan lupa berdoa dan sedekahkan al-fatihah apabila datang ke sini.

Masjid Rahmatullah, Lampuuk

masjid di acheh
Satu lagi ikon keajaiban. Wajib datang ke sini. Terletak setengah jam perjalanan dari Banda Aceh. Masjid ini juga terselamat di kampung Lampuuk ini, manakala ribuan penduduk terkorban dalam tsunami.

masjid lampuuk
masjid di achech
Melihat gambar yang dipaparkan, anda boleh lihat kampung ini menjadi padang jarak padang tekukur kecuali masjid ini. Suatu peringatan yang diberikan oleh Allah kepada kita semua.

Demikianlah, 6 ikon pelancongan tsunami yang anda tidak akan ketemui di tempat lain. Sesungguhnya lawatan ke Aceh ini penuh dengan keinsafan. 

Sumber: Yamin Ismail

Comments

comments