Kapal Kargo Muatan Barangan 11.11 Karam, Pembeli Minta Pulangan Wang Semula

66520

Untuk mereka yang ternanti-nantikan barangan yang ditempah pada jualan 11.11 yang lalu, ini mungkin berita buruk untuk anda. Kapal kargo yang membawa muatan Taobao dari China telah karam setelah berlaku pelanggaran di laut.

Di dalam insiden ini, seramai 7 krew selamat manakala 2 lagi maut. Kapal kargo itu dipercayai membawa barangan yang ditempah sempena jualan 11.11 yang lalu untuk diagihkan kepada pelanggan.

kapal kargo
Kredit: Sin Chew Daily

Lebih 879 tan barang dilaporkan hanyut dan kebanyakan daripadanya adalah barangan dari Taobao sendiri. Ini juga adalah pertama kali Taobao mengalami isu kapal karam untuk pengurusan logistik mereka.

Sekarang ini lebih 100 orang pelanggan telah membuat laporan kerana barang yang lambat sampai dan meminta bayaran ‘refund’ semula. Ada juga yang risau tidak mendapat pulangan wang semula tetapi Taobao berjanji akan melakukan pulangan melalui saluran bayaran Alipay.

Artikel berkaitan: Alibaba Pecah Rekod Jualan 11.11 Dengan Kutipan $38.4 Billion

Comments

comments