Kapal Mewah Equanimity Tukar Nama Kepada Tranquility

Semua rakyat Malaysia tahu bahawa kapal mewah yang dikaitkan dengan skandel 1MDB telah bertukar pemilik sekarang.

Apa yang lebih menarik, nama Equanimity kini telah dijenamakan semula sebagai Tranquility oleh pemilik terbaru iaitu Genting Malaysia Bhd.

Kapal mewah ini telah beralih tangan daripada Jho Low kepada Genting Malaysia Bhd dengan nilai $250 juta (RM1.03 bilion).

Advertisement

Pemilikan kapal ini bakal digunakan syarikat Genting Malaysia Bhd dalam menawarkan pengalaman unik untuk semua penumpang inginkan kemewahan.

Projek ini masih lagi proses terakhir oleh pihak Genting Malaysia Bhd sebelum mula menawarkannya kepada mereka yang berminat.

Comments