Kapsul Nan Bao Disahkan Beracun, Berhenti Ambil Dengan Segera

110

Buat semua rakyat Malaysia yang kerap mengambil “Nan Bao Capsule”, anda dinasihatkan untuk berhenti menggunakan produk tradisional ini serta merta. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan bahawa produk tersebut mengandungi racun berjadual sildenafil dan tadalafil.

kapsul nan bao

Kenyataan itu menjelaskan sildenafil dan tadalafil ialah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk dan hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh daripada farmasi dengan preskripsi doktor. KKM turut menasihatkan mereka yang telah menggunakan produk ini untuk segera bertemu doktor jika menunjukkan sebarang simptom tidak normal.

kapsul nan bao

Menurut kenyataan itu lagi, nombor pendaftaran produk berkenaan ialah MAL19971474T dan ia telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) selepas pengesanan racun berjadual berkenaan. Untuk makluman, racun sildenafil dan tadalafil sangat berbahaya untuk orang awam yang berisiko tinggi terutamanya pesakit bermasalah jantung seperti angina yang mengambil ubat nitrate.

Comments

comments