Kassim Ahmad Dan Hal Hal Tuhan Yang Belum Selesai

Pada Ahad lepas, Kassim dilaporkan mengkritik golongan ulama Islam yang disifatkannya sebagai ‘kasta paderi’ dan mendakwa Nabi Muhammad S.A.W. tidak perlu dimuliakan, serta rambut wanita bukan aurat. Bukan sekadar itu sahaja beliau juga membicarakan topik “Halatuju Negara untuk Tiga Puluh Tahun Akan Datang” yang mengandungi perkara sangat berbahaya kepada aqidah umat islam.

Kassim menyangkal beberapa perkara pokok dan asas dalam Islam iaitu mempertikaikan dua kalimah syahadah serta selawat, menafikan hadis sebagai sumber syariat Islam serta mengatakan umat Islam mengikut satu “kasta paderi” yang dipanggil ulama, selain rambut wanita bukan aurat. Ini terserlah apabila rujukan Kassim hanya kepada orang bukan Islam dan beberapa orang Islam yang tidak dikenali dalam dunia akademia umat Islam dan ulama.

Dalam ucapannya juga (Kassim) menafikan hadis sebagai satu sumber pensyariatan. Ini secara langsung menafikan kerasulan dan kenabian Nabi Muhammad kerana baginda tidak memperkatakan sesuatu mengenai agama Islam mengikut kemahuan dan pendapatnya sendiri, semua itu adalah wahyu yang disampaikan oleh Allah melalui malaikat Jibril.

Dr Mahathir berkata Kassim sering dilabel anti hadis kerana pihak yang menuduhnya gagal berhujah dengannya mengenai isu agama.

Advertisement

“Dia dilabelkan sebagai anti hadis sebab orang tidak boleh jawab apa yang kata.Kita lihat di sini label digunakan sebagai alat untuk mematahkan pendapat orang lain.” katanya selepas Majlis Pelancaran Kursi Keamanan Global Tun Mahathir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Kassim beliau juga sering dilabel dengan berbagai gelaran selepas hujahnya tidak diterima pihak tertentu.

“Saya juga dilabel sebagai anti cina, dituduh rasis dan macam-macam. Jadi walaupun saya berkata benda yang benar, saya tetap dianggap rasis,” katanya.

Tegas Dr Mahthir, beliau tidak menganggap Kassim sebagai seoarang yang anti hadis dan sebaliknya beliau sama seperti mana-mana orang Islam yang lain.

Mengulas laporan polis yang dibuat oleh beberapa pihak terhadap Dr Kassim, Dr Mahathir berkata perkara tersebut sudah menjadi amalan biasa di negara ini.

“Dia boleh repot. Dalam negara kita kalau tak bersetuju boleh buat repot polis.

“Orang marah sikit pada kita repot polis, orang cubit kita pun repot polis. Mesti kena ada undang-undang anticubit lepas ini.

“Tapi kita bercakap mengenai kebebasan bersuara,” katanya lagi.

Kassim dalam satu seminar yang diadakan di Putrajaya pada Ahad dilaporkan antaranya mengkritik “kasta paderi” yang dipanggil ulama, pendewaan terhadap Nabi Muhammad dan berkata rambut bukan aurat wanita.

Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian turut dihadiri oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu Majlis Ulama ISMA (MUIS) menyeru agar Kassim Ahmad untuk segera kembali bertaubat dan menarik kembali kefahaman Islam yang telah beliau selewengkan.

Ini susulan penganjuran Seminar “Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian”, di Putrajaya pada 15 dan 16 Feb lalu dimana pihak Jakim menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam.

kefahaman yang dibawa Kassim Ahmad berkaitan dengan Islam adalah terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar, bertentangan dengan pegangan umum Umat Islam, dan sesiapa yang berpegang dengan kefahaman ini boleh membawa kepada murtad (keluar dari Islam).

Ini termasuk penafian Hadis sebagai salah satu sumber pensyariatan, membawa kefahaman Zanadiqah dan Khawarij, menganggap ulamak Islam sebaris dengan kasta paderi dan kebebasan untuk murtad.

“Selain daripada beberapa perkara yang disebut, terdapat banyak lagi perkara asas dalam Islam telah diselewengkan oleh Kassim Ahmad seperti aurat wanita, isu syahadah kedua, isu kewujudan sebuah Negara Islam, mengistilahkan umat Islam sebagai mendewakan nabi dan lain-lain lagi fahaman yang menyesatkan.

kefahaman sesat yang dibawa oleh Kassim Ahmad ini bukanlah suatu perkara yang baru kerana buku tulisan beliau bertajuk “Hadis: Satu Penilaian Semula” yang diterbitkan sekitar 1980-an telah difatwakan haram oleh banyak majlis fatwa negeri termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beliau juga pernah diistiharkan sebagai murtad oleh Majlis Fatwa negeri Sabah atas kefahaman beliau yang menyeleweng dan terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) juga mengatakan sedia menyahut cabaran debat yang dikemukakan oleh intelektual Melayu, Dr Kassim Ahmad.

Sumber – AWANI

Comments

comments