Kastam Rampas Dadah Bernilai Lebih RM400,000

Kastam rampas dadah

Seperti yang kita tahu, kes salah guna dan penyeludupan dadah bukanlah satu perkara yang asing lagi dalam negara kita. Banyak sudah kita dengar dan lihat sendiri tentang individu yang ditangkap oleh pihak polis dan Kastam kerana terlibat dengan kesalahan ini.

Kebiasaannya, individu yang terlibat dengan kes penyuludapan dadah ini adalah mereka yang sememangnya mempunyai niat untuk mengedar dadah tersebut namun terdapat juga segelintir individu yang dianiaya dan tanpa sedar mereka sudah menjadi keldai dadah.

Penagih dadah tidak dianggap sebagai penjenayah namun adalah penting untuk semua pihak memahami bahawa menyalahgunakan dadah adalah satu perkara tidak baik dan membawa mudarat bukan saja pada diri malah kepada keluarga masyarakat dan negara.

Advertisement

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas lebih 8.66 kilogram dadah jenis ketamin dan methamphetamine bernilai RM404,375 hasil pemeriksaan imej imbasan di kargo udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 29 Ogos lepas.

Menurut sumber daripada BERNAMA, Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Abdullah Jaapar dalam kenyataan semalam berkata ekoran rampasan yang berlaku pada pukul 7 pagi itu, seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Tambah beliau lagi, anggota keselamatan dari MasKargo mendapati hasil imej imbasan yang mencurigakan ke atas 16 kotak polisterin berisi ikan sejuk beku. Imej imbasan itu menunjukkan terdapat satu imej lapisan dibawah ikan tersebut.

Hasil pemeriksaan menemukan bungkusan plastik lutsinar berisi lebih 5.43 kg dadah jenis ketamin dengan nilai RM287,843 dan lebih 3.23 kg methamphetamine bernilai RM116,532.

Kastam rampas dadah
Gambar Hiasan – Sumber Google

Modus operandi kegiatan penyeludupan dadah tersebut adalah dengan mengisi dadah terlarang itu ke dalam plastik lutsinar sebelum disembunyikan ke dalam ruangan tersembunyi didalam kotak polisterin ikan sejuk beku bagi mengaburi pihak berkuasa.

Menurut Datuk Abdullah Jaapar lagi, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga menyeru orang awam agar bekerjasama melaporkan kes penyeludupan dadah.

Laporan boleh dilakukan dengan menghubungi talian 1-800-88-8855 atau pejabat kastam negeri dengan identiti pemberi maklumat atau pelapor akan dirahsiakan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERBERNAMA

Comments