Kasut Converse Vintage Usia Lebih 100 Tahun Berjaya Dijual Dengan Harga RM 40,800

Peminat barang-barang vintage pasti akan menyimpan beberapa koleksi barang-barang lama kerana bagi mereka ianya mempunyai sentimental tersendiri. Namun, ada kalanya sukar untuk melepaskan barangan tersebut kerana ianya terhad dan sukar untuk didapati.

Begitulah yang berlaku kepada seorang pengumpul kasut yang tidak menyangka kasut Converse yang dimilikinya sudah ada pembeli yang setuju dengan harga pembelian RM 40,800.

Individu yang dikenali sebagai Wan Irfayuim Azim Wan Ab Aziz, 31, berkata dia ada memuat naik status di laman Facebook untuk menjual kasut Converse Non Skid yang sudah berusia 104 tahun itu kerana terkesan berikutan pandemik Covid-19.

Sumber : FB Jeroong Wia

Status yang dimuat naik di Facebook miliknya mendapat perhatian orang ramai dan tidak sampai tempoh 24 jam ramai yang bertanya mengenai kasut tersebut.

Advertisement

“Ada seorang lelaki dari Pahang setuju untuk membeli kasut itu dengan harga yang ditawarkan dan kami sudah pun buat akad jual beli”

Ketika ditemui oleh Harian Metro, Wan Irfayuim Azim yang juga merupakan seorang peniaga food truck berkata kasut yang dihasilkan pada 1917 itu didatangkan dengan sepasang seluar pendek keluaran 1916 serta pelindung lutut pemain bola keranjang yang dibelinya daripada sepasang suami isteri Amerika Syarikat (AS).

Sumber : FB Jeroong Wia

Mengikut cerita pasangan tersebut, seluar beserta pelindung lutut itu dijumpai bersama kasut yang disimpannya sejak 1989 dan mereka terpaksa menjualnya kerana memerlukan wang untuk masalah kesihatan.

Wan Irfayuim Azim sebelum ini bekerja sebagai ejen pelancongan di Jepun dan suka menulis berkaitan kasut vintage di Facebook serta blog. Pasangan itu kemudiannya meghubunginya selepas mereka membaca perkongsian yang dibuat.

Dia tidak menyangka kasut yang sebelumnya hanya dapat dilihat melalui gambar menjadi miliknya walaupun hanya bertahan dalam beberapa tahun saja.

“Saya amat menyayangi koleksi ini kerana membelinya dengan harga puluhan ribu ringgit pada 2018 tapi terpaksa menjualnya”

“Saya bersetuju menjual koleksi ini kerana pembeli juga orang tempatan dan mengetahui sukar untuk memperoleh koleksi itu selepas ini”

Dia juga turut memaklumkan yang dia sudah menjual lebih 60 koleksi kasut vintage yang lain dengan harga ratusan dan ada yang sampai belasan ribu ringgit.

Isterinya turut memaklumkan yang suaminya pulang ke Malaysia sejak Mac tahun lalu ekoran perniagaan industri pelancongan terjejas dan berharap agar pembeli baharu itu dapat menjaga kasut itu dengan sebaiknya.

Wan Irfayuim Azim juga memaklumkan akan menghadiahkan tiga lagi pasang kasut Converse dari tahun 1950,1960 dan 1970 kepada pembeli itu.

Sumber

SUMBERHarian Metro

Comments