Kasut Yang Pernah Dipakai Michael Jordan Terjual Pada Harga RM2.4 Juta

Penggemar dan pengumpul fanatik jenama kasut Nike dan juga bintang sukan Bola Keranjang terkenal, Michael Jordon akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan barang ‘rare’ daripada kedua-dua nama ini.

Berdasarkan sumber yang diterima, sepasang kasut Air Jordan 1 yang dikeluarkan pada tahun 1985 dijual semula pada harga USD560,00 (RM2.4 juta). Lebih menarik, kasut tersebut juga pernah disarungkan oleh Jordan ketika dalam sebuah perlawanan.

Bagi yang tertanya mengenai keistimewaan kasut ini, kasut game worn ini adalah saiz kaki sebenar Michael Jordan iaitu saiz 13. Kasut ini juga mempunyai warna merah dan putih yang sinonim dengan warna ikonik pasukan Chicago Bulls. Bidaan dimulakan sejak 9 Mei lalu dan hanya menyasarkan harga jualan sekitar USD100,000 hingga USD150,000 sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sotheby’s (@sothebys) on

Advertisement

Penjualan kasut tersebut dilakukan dalam acara lelong secara dalam talian oleh Sotheby New York. Kasut berkenaan dijual pada harga empat kali ganda lebih tinggi daripada jangkaan sebelum lelongan dilakukan.

Menurut pemilik asal kasut yang juga merupakan pengasas Shoezeum, Jordon Geller, nilai kasut tersebut dikatakan melonjak naik setelah sebuah dokumentari Michael Jordan, The Last Dance sedang ditayangkan di Netflix.

netflix

Akhirnya kasut berkenaan telah dijual dengan harga yang sangat tinggi oleh individu yang tidak diketahui namanya. Dokumentari yang mengandungi 10 episod itu menceritakan perjalanan kejayaan Jordan bersama Chicago Bulls.

Kini, tayangan dokumentari tersebut mendapat lebih 5 juta tontonan pada setiap minggu bermula pada tarikh awal penayangan. Sebelum ini, kasut Converse yang pernah juga dipakai oleh Jordan ketika Olimpik 1984 terjual pada harga USD190,370 (RM829,131).

Sumber 

Jom ‘like‘ dan ‘followFacebook & Twitter Amazing Nara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia. 

Comments