Katedral Notre Dame, Paris Terbakar

1581

Warga Paris pada petang Isnin dikejutkan dengan kejadian kebakaran di bangunan bersejarah yang wujud sejak Zaman Pertengahan, Katedral Notre Dame.

Punca insiden itu masih belum jelas, namun beberapa sumber rasmi memberitahu ia ada kaitan dengan kerja-kerja pemuliharaan bangunan yang sedang dijalankan di situ, lapor BBC.

Media sosial mula dibanjiri imej dan video yang menunjukkan asap berkepul naik ke udara dari bangunan dengan seni bina berciri Gothic berusia 850 tahun itu.

Pada tahun lalu, badan penjaga gereja Katolik di Perancis pernah melancarkan rayuan dana untuk menyelamatkan katedral tersebut yang banyak mengalami kerosakan.

Pihak berkuasa sedang giat menjalankan usaha untuk menangani kebakaran tersebut, sementara laluan di sekitar bangunan itu sudah ditutup dan dikawal.

Dalam laporan pagi ini struktur utama dapat diselamatkan susulan ia masih utuh biarpun setelah beberapa jam dijilat api.

Kita beranggapan dua menara Notre-Dame berjaya diselamatkan. Struktur Our Lady secara keseluruhannya terselamat, memetik kata pegawai bomba Paris kepada The Guardian.

Dilaporkan kira-kira 400 anggota bomba telah dikerahkan memadam kebakaran tersebut.

Walau bagaimanapun, timbul desas-desus berlaku kecederaan parah pada salah seorang anggota bomba yang terlibat dalam usaha memadam api ini.

Punca insiden masih belum jelas, namun beberapa sumber rasmi memberitahu ia ada kaitan dengan kerja-kerja pemuliharaan bangunan yang sedang dijalankan di situ.

Comments

comments