“Kau Tak Buka Lens, Aku Dah Agak” – Netizen Tergelak Habis Tengok Ragam Geng Wartawan WFH

cabaran work from home

Memandangkan sekarang ni musim Covid-19, ramai yang dah mula work from home (WFH), nampaknya tak semudah yang kita sangka. Macam macam “struggle” untuk biasakan diri dengan norma baru ni.

Terbaru, perkongsian lucu dari pembaca berita Astro Awani, buat netizen ketawa besar. Bukan itu sahaja, dek ragam mereka yang spontan hingga buat penonton geli hati.

Di Twitter, Hakim Rahman ada memuat naik “bloopers” yang menunjukkan keletah rakan wartawannya.

 

Advertisement

Video itu mendapat tarikan ramai kerana situasi nya yang sangat kena dengan rakyat Malaysia sekarang ni, contohnya ada bunyi ayam berkokok lah, bunyi pintu,dan lampu rosak ketika sedang bersiaran langsung. Malah, ada juga yang turut sendawa ketika “meeting” kat Google Meet tu.

“Part Google Meet paling kelakar! boleh pulak bantai sendawa, buat hal la korang nie!”

Rata-rata netizen sangat terhibur dan “salute” dengan riak muka wartawan tersebut kerana masih tampak tenang dan “cool”. 

“Salute yalls still boleh teruskan secara professional, suara, muka, mata maintain kekal tenang.”

Perkongsian Hakim melalui twitter itu mendapat hampir 15,500 retweet dengan jumlah tontonan sebanyak 310,000. Wow!

Dalam tak sedar, ramai juga yang “struggle” bila terpaksa WFH ni, pelajar, pensyarah, masalah “line” pula. Harapnya semua dalam keadaan baik-baik sahaja.

SUMBERTwitter

Comments