Kaum Melayu, India, Wanita Berhijab Alami Diskriminasi Peluang Pekerjaan Di Sektor Swasta Malaysia

195

Kaum Melayu dan India lebih cenderung didiskriminasikan semasa memohon pekerjaan di sektor swasta, terutamanya kaum wanita dari dua kaum etnik tersebut, hasil kajian satu badan pemikir.

Pusat Kajian Pentadbiran dan Politik memberitahu, hasil kajiannya menyimpulkan bahawa pemohon daripada kaum Melayu dan India berdepan lebih banyak halangan untuk mendapat peluang temu duga berbanding pemohon daripada kaum Cina yang fasih Mandarin, yang menerima paling banyak panggilan temu duga dari syarikat yang ingin mengupah pekerja.

 

 

Kajian itu ialah eksperimen di mana Cent-GPS menyamar sebagai pemohon pekerjaan yang berbeza dari tiga kaum utama, tetapi mempunyai kelayakan yang sama serta kriteria lain yang dianggap perlu untuk membuat mereka calon yang utama.

Dapatan kami ialah diskriminasi etnik wujud. Melayu, ya, tetapi diskriminasi lebih teruk dialami oleh kaum India.

Penyelidik Kanak Cent-GPS berkata begitu dalam satu taklimat kepada wakil media di Kuala Lumpur. – amazingnara.com via The Malay Mail & Cent-GPS

Comments

comments