Kawal Penularan COVID-19, KKM Panggil Semula Jururawat Bersara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan, seramai 3,307 jururawat telah dilantik secara kontrak bagi membantu mencukupkan keperluan perubatan dalam  menangani gelombang ketiga penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Menurut laporan, ia juga termasuk jururawat yang telah bersara demi berjuang membasmi pandemik tersebut yang khabarnya kembali meningkat di negara ini terutamanya di negeri Sabah.

Seramai 633 jururawat baru juga telah berkhidmat dalam Kemeterian Kesihatan Malaysia bagi memperkuatkan barisan petugas sedia ada iaitu hampir 88,000 tenaga kerja.

Advertisement

Daripada jumlah tersebut, seramai 668 orang jururawat telah dimobilisasikan yang melibatkan mobilsasi dalaman dan juga ke Sabah untuk meringankan lagi bebanan tenaga perubatan di kawasan zon merah.

Rentetan itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, Datuk Rohaizat Yon dilihat tampil menzahirkan penghargaan menerusi Laman Facebook rasmi Program Perubatan KKM buat para petugas barisan hadapan khususnya para jururawat yang tidak lekang menyumbang jasa dalam menangani ancaman tersebut.

Comments

comments