Keadaan Semakin Kritikal, Pekerja Nekad Pinjam Duit Bos Belikan Tong Oksigen Untuk Mak

Sejak peningkatan kes jangkitan harian Covid-19 yang semakin membimbangkan, kebanyakkan hospital-hospital sudah mencapai kapasiti yang penuh terutamanya hospital di Lembah Klang.

Seorang pengguna laman media sosial, Napsiah Khamis menerusi akaun Twitternya memuat naik satu hantaran yang menunjukkan seorang pekerja ingin meminjam wang dengan majikannya.

Menerusi hantaran tersebut, seorang pekerja ingin meminjam wang dengan majikan untuk membeli tong oksigen kepada maknya yang sedang berada di hospital.

Advertisement

Dikatakan keadaan di hospital yang sangat sesak menyebabkan mak pekerja berkenaan terpaksa tidur di lantai.

Mengikut pekerja itu, pesakit boleh balik sekiranya mempunyai tong oksigen sendiri dan memandangkan dia tidak sanggup melihat maknya terbaring di atas lantai, dia nekad untuk meminjam wang dengan bosnya.

Pekerja pinjam duit bos Pekerja pinjam duit bos

Rata-rata netizen memuji majikan pekerja ini kerana baik hati dan prihatin terhadap pekerjanya yang sedang ditimpa kesusahan.

Ada juga yang menyatakan rasa hormat mereka terhadap majikan ini dan mendoakan semoga berjalan dengan lancar serta dimurahkan rezeki.

Dalam waktu-waktu gawat ini, tidak salah untuk kita meminta bantuan jika keadaan memaksa dan tidak salah juga kita membantu orang yang betul-betul memerlukan.

Sumber

SUMBERTwitter

Comments