Kecederaan Kepala Buat Lelaki 34 Tahun Kelihatan Seperti Kanak-kanak

2559

Mempunyai wajah keanakan biasanya dianggap satu aset, tetapi buat seorang lelaki di China Tengah berusia 34 tahun, kelihatan seperti seorang kanak-kanak bagaikan satu sumpahan.

Dia tidak dapat berkahwin, dan semua orang melayannya seperti kanak-kanak.

Bagi Zhu Shengkai, 34, yang berasal dari kawasan perkampungan bandar Xiantao, Wuhan, masalahnya bermula pada usia enam tahun, apabila kepalanya terkena batu ketika bermain dengan kanak-kanak lain.

Pada masa itu, tiada darah yang mengalir, tetapi ibu bapa Zhu mendakwa dia demam selama tiga hari.

Bimbang, mereka bawa dia ke hospital, di mana doktor menemui darah beku di otaknya dan telah membuat pembedahan kecemasan untuk membuang darah beku tersebut.

Zhu beransur pulih dan kemudian membesar seperti biasa selepas itu.

Tetapi ketika Zhu berusia sembilan tahun, ibu bapanya perasan bahawa rupanya tidak berubah dari umur enam tahun, iaitu sejak kemalangan itu terjadi.

Ibu bapa Zhu membawanya ke hospital untuk pemeriksaan kerana ingin tahu mengapa tumbesarannya seolah-olah terbantut, dan setelah melalui pelbagai ujian, mereka diberitahu kelenjar pituitari Zhu telah rosak, dan seterusnya membantutkan tumbesarannya.

Malang sekali, selepas dua dekad, Zhu Shengkai masih kelihatan seperti kanak-kanak, dan tidak mempunyai bulu di wajah.

Oleh kerana badannya tidak terbina seiring umurnya, dia tidak dapat berkahwin dan memiliki anak sendiri seperti rakan-rakan sepermainannya.

Walaupun berusia 34 tahun sekarang, fungsi badan saya sama macam kanak-kanak. Saya bukan orang dewasa, jadi tidak boleh berkahwin.

Tiada apa yang boleh dilakukan oleh Zhu Shengkai untuk memperbaiki situasinya, dan para doktor juga kini tidak dapat membantunya, tetapi dia masih optimistik.

Dia bekerja sebagai tukang gunting rambut dan bercucuk tanam untuk menyara kehidupannya, dan mampu berseloroh mengenai ‘sumpahan’ yang diterima.

Satu hari nanti kawan-kawan saya semuanya akan tua kerepot, tetapi wajah saya akan sentiasa kelihatan seperti bayi.

Kelenjar pituitari memainkan peranan penting dalam tumbesaran manusia, dan terdapat kes-kes lain sebelum Zhu sebelum ini, di mana kerosakan kelenjar pituitari menyebabkan beberapa individu dewasa masih kelihatan seperti kanak-kanak. – amazingnara.com

Comments

comments