Kecoh Isu Wanita Bersolek Dalam Tempoh Iddah, Peguam Syarie Perjelas Pantang Larang Iddah

7245

Umum mengetahui dalam agama Islam, seorang wanita yang baru sahaja diceraikan wajib menjalani tempoh iddah tertentu mengikut hukum syarak yang ditetapkan.

Bukan sahaja kerana perceraian, tetapi wanita yang kematian suami juga wajib menempuh iddah serta berkabung, mematuhi beberapa pantang larang termasuk daripada segi fizikal.

Bagaimanapun, ada yang masih tidak jelas mengenai perbezaan cerai hidup dan cerai mati. Apa yang perlu dilakukan dalam tempoh iddah?

Sebab itu tercetusnya isu dimana baru-baru ini, Mawar Karim yang baru sahaja diceraikan oleh pelakon Fizo Omar dikecam teruk.Mawar dikritik kerana keluar dalam tempoh iddah mengenakan solekan cantik.

Netizen berkata, Mawar sepatutnya menjaga tempoh iddah, tidak boleh keluar  dari rumah selama tiga bulan dan tidak boleh tampil cantik dengan solekan di depan khalayak ramai.

Isu tersebut menjadi perdebatan hangat netizen di media sosial sehingga mencetuskan sedikit perbalahan.

Tidak mahu ramai yang terus salah faham dan keliru, seorang peguam syarie, Fahmi Ramli, tampil memberikan penjelasan tentang pantang larang tempoh iddah yang ramai masih tidak tahu. Biar masyarakat lebih peka mengenai perkara ini agar tidak terus mengecam orang lain tanpa usul periksa.

Apa itu tempoh iddah?

Jenis cerai

Harapnya dengan perkongsian ini, kita sudah jelas mengenai isu iddah. Janganlah hendak main kritik sahaja seseorang itu tanpa kita mengetahui perkara sebenar. Jangan memandai bab agama kalau tidak penuh ilmu di dada.

Sumber Berita : Facebook Fahmi Ramli

Comments

comments