“Kegagalan World-Class” – Najib Razak Akan Saman Fitnah Muhyiddin Yassin

Najib Razak

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan akan membuat saman fitnah terhadap Presiden Bersatu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ketua Penerangannya iaitu Wan Saiful Wan Jan. Apa kes pula ni?

Menurut laporan Kosmo Online, Najib perjelaskan bahawa perangai Muhyiddin sama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang suka melemparkan tuduhan tidak berasas dengan buat video sedih.

Advertisement

Menurut Najib lagi, penguamnya akan mengemukakan saman fitnah dan memohon kepada mahkamah untuk mengambil tindakan kepada mereka berdua.

Semalam, Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan mendakwa ada yang rakus kuasa mahukan jawatannya itu.

“Tapi dia sudah lupa siapa yang rakus kuasa untuk tikam belakang Mahathir dan khianat gabungan dia untuk rampas kuasa setelah parti dia kalah teruk kepada BN pada PRK Tanjung Piai dan mula minta nyawa pada kami.”

“Siapa yang rakus untuk kekalkan kuasa sehingga hentikan parlimen selama tujuh bulan dan selepas dipaksa bersambung, dia tak benarkan ordinan darurat dibentang sehingga terpaksa menipu YDP Agong?”

Jelas Najib lagi, Muhyiddin turut bersubahat dengan ‘kleptokrat’ untuk kekalkan kuasa dan sebab itulah dia dipecat menjadi Timbalan Perdana Menteri olehnya sebelum ini dan bukan kerana 1MDB.

“Adakah 1MDB sebab utama khianat Mahathir untuk naik ke Presiden dan Perdana Menteri? Sampai sekarang dia tak nak mengaku bahawa sebab utama dia perlu undur ialah rekod dia amat teruk sekali. Kegagalan world-class.”

Apapun, semoga Allah SWT memelihara keselamatan negara dan mengekalkan perpaduan seluruh rakyat Malaysia.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERKosmo Online

Comments