Kehidupan Tidak Akan Kembali Seperti Normal Selagi Penawar COVID-19 Tidak Dijumpai – Saintis

Sudah berbulan berlalu namun wabak COVID-19 tak nampak seperti ia akan reda dalam masa terdekat ini. Walaupun ramai yang berharap agar mereka dapat kembali menjalani kehidupan seperti normal tetapi harapan itu agak susah dicapai buat masa ini.

Dr Ali Nouri iaitu Presiden kepada Gabungan Saintis Amerika menyatakan bahawa tiada satu tarikh spesifik seperti magis yang akan membuatkan semua orang boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa. Mimpi sahajalah untuk keluar makan di restoran dan memenuhi panggung wayang kerana ianya tanpa sengaja mungkin akan mencetus gelombang baru pandemik berbahaya ini.

kehidupan tak akan normal selagi penawar covid-19 tidak dijumpai

Tambahnya lagi, kehidupan akan kekal berbeza sehinggalah rawatan untuk COVID-19 berjaya ditemui. Lebih mengejutkan apabila dikhabarkan bahawa ia mungkin akan memakan masa setahun sebelum penawarnya berjaya dijejaki. Bermakna, manusia sejagat mungkin tidak akan dapat hidup seperti normal sehinggalah tahun 2021.

Advertisement

Kita pasti perlu memanjangkan tempoh perintah duduk di rumah ini hingga ke penghujung Mei atau pun hingga memasuki Jun.

Sama seperti apa yang terjadi di Wuhan, kawasan pertama yang ‘diterjah’ oleh virus COVID-19. Kesemua penduduknya hanya dibenarkan keluar daripada bandar tersebut selepas 76 hari berkurung.

kehidupan tak akan normal selagi penawar covid-19 tidak dijumpai

Pun begitu, walaupun perintah kuarantin yang dilalui mereka adalah sangat terbatas sepanjang lebih dua bulan tersebut tetapi kini, kesemua penduduk masih diminta untuk kekal di dalam rumah sahaja.

Hal ini membuktikan bahawa tak kiralah walaupun sesuatu negara itu bejaya meratakan lengkung pandemik itu sekalipun, semua orang masih perlu berhati-hati agar tidak ‘menghidupkannya’ semula.

Semoga wabak COVID-19 akan pulih sepenuhnya tidak lama lagi.

Sumber

Comments

comments