Kejam! Datuk 54 Tahun Cabul Cucu Sebanyak 8 Kali Hingga Terkena Jangkitan & Meninggal Dunia

Cucu dicabul datuk

Suasana pilu menyelubungi penduduk Pademangan Jakarta Utara setelah dikejutkan dengan berita seorang datuk 54 tahun ditahan unit PPA Pelayanan Perempuan & Anak atas kes pencabulan terhadap kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga meninggal dunia. Lebih mengecewakan, mangsa sebenarnya adalah cucu tiri si pelaku.

Kejadian pada 5 April lalu ini mengatakan suspek mengaku bersalah mencabuli kanak-kanak malang tersebut sebanyak 8 kali sejak Febrari lalu.

“Sudah lapan kali melakukannya. Saya pakai tangan” 

Menyingkap insiden tidak berperikemanusiaan itu, pelaku mula terdetik ingin mencabuli mangsa saat mengintai mangsa mandi di bilik air. Aktivitinya semakin mudah apabila si pelaku sering disuruh oleh isterinya untuk memandikan mangsa.

“Semua perbuatan pelaku dilakukan di dalam bilik air kerana pelaku sering melihat mangsa mandi. Kemudian, memandikan mangsa. Seterusnya mencabuli mangsa”. kata Kapolres Metro Jakarta Utara Kombes Pol Guruh Arif Darmawan.

cucu dicabul datuk
Gambar Hiasan

Akibat daripada itu, mangsa diugut bunuh jika mendedahkan perlakuan buruk pelaku ke ibu dan nenek mangsa.

Advertisement

Ketika melakukan perbuatan tersebut, pelaku mengancam mangsa supaya perbuatan jijiknya tidak melaporkan kepada sesiapa. Jika mangsa mengadu kepada ibunya ataupun neneknya, nanti mereka berdua akan dibunuh! Kejam sungguh.

Susulan itu, gempar apabila mangsa dilaporkan meninggal dunia pada 30 Mac 2021 setelah dibawa ke beberapa hospital. Lebih menyedihkan apabila pihak berkuasa memaklumkan mangsa meninggal kerana jangkitan pada alat sulitnya.

“Penyebab kematian mangsa adalah kerana jangkitan pada saluran vagina, saluran pundi kencing yang merembes ke ginjal. Kemudiannya duburnya juga terkena jangkitan”

cucu dicabul datuk
Gambar Hiasan

“Sehingga menyebabkan keluar nanah dan sebagainya. Mangsa meninggal kerana tidak dapat diselamatkan lagi”

Hasil pemeriksaan, mendapati mangsa mengalami luka parah pada alat sulitnya seterusnya yang akhirnya membongkarkan perbuatan terkutuk datuk tersebut.

Pelaku ditahan atas dakwaan Pasal 82 UU RI Nomor 17 Tahun 2016 tentang Perubahan Kedua atas UU RI Nomor 23 Tahun 2002 tentang Perlindungan Anak dan Pasal 46 UU RI Nomor 23 Tahun 2004 tentang PKDRT.

Jika disabitkan kesalahan, pelaku berdepan dengan hukuman 15 tahun penjara. Semoga suspek mendapat balasan yang setimpal atas perbuatannya yang sangat kejam.

SUMBER

SUMBERSiakap Keli

Comments