Kekuatan Tentera Udara Malaysia Merosot Di Tangga Ke-60 Dunia Ditinggalkan Negara Miskin

Selain dari isu pandemik, isu keselamatan negara dari ancaman musuh turut menjadi persoalan rakyat. Ia bermula dari sebuah kapal terbang dari Israel yang melalui ruang udara Malaysia dan kejadian 16 pesawat penggempur China yang masuk ke ruang udara Malaysia pada 31 Mei 2021 lalu.

 

Perkara ini membuatkan banyak pihak tertanya-tanya adakah Malaysia bersedia menerima sebarang ancaman musuh tidak kira dari darat, laut mahupun udara?

Advertisement

Memetik laporan Utusan Malaysia, tahap kekuatan pasukan bersenjata udara Malaysia sekarang sudah ketinggalan jauh dengan negara-negara jiran di Asia Tenggara, bahkan kita berada di belakang negara miskin di Asia.

Utusan Malaysia mengambil laporan dari portal Asian Community yang meletakkan Malaysia di kedudukan ke-26 benua Asia dan berada di kedudukan ke-60 dunia.

Malaysia hanya berada di kedudukan ke-6 Asia Tenggara selepas Thailand, Indonesia, Myanmar, Vietnam, Singapura dan Filipina. Negara miskin yang berjaya mengatasi Malaysia pula adalah seperti Afghanistan [Asia ke-16, dunia ke-37] dan Bangladesh [Asia ke-23, dunia ke-53].

Untuk rekod, Malaysia setakat ini mempunyai 147 pesawat termasuk 26 jet gempur, 42 helikopter, 40 kapal terbang latihan, 18 pesawat pengangkut dan 13 jet penyerang.

Jika lihat kepada negara besar China pula, mereka mempunyai 1,232 pesawat pejuang, 371 pesawat penyerang, 224 pesawat pengangkut. 314 pesawat pelatih, 111 misi khas, 911 helikopter dan 281 helikopter penyerang.

Apapun selamat menyambut Hari Ulang Tahun TUDM ke-63 kami ucapkan pada 1 Jun 2021 yang lalu. Semoga negara kita terus berusaha untuk mempertingkatkan lagi kemampuan aset pertahanan negara.

 

Comments

comments