Kelakar, Lelaki Jerit & Lompat Kerana Geli Dengan Lipas

Tidak dinafikan, setiap orang pastinya mempunyai benda yang membuatkan mereka geli atau takut apabila melihatnya. Lagi-lagi kalau benda tersebut muncul depan mata, macam-macam aksi lah yang bakal keluar selepas itu.

Namun, perasaan geli atau takut dengan sesuatu benda ini adalah satu perkara yang normal. Ia bukanlah satu perkara yang menjadi penyebab seseorang itu patut berasa malu dan takut untuk berada di khalayak ramai.

Ada sesetengah orang yang jenis geli dengan cicak, ada yang geli dengan lipas dan tidak kurang juga yang mungkin berasa geli dengan serangga atau binatang lain-lain.

Advertisement

Tetapi kebiasaannya, lipas antara serangga yang boleh meriuhkan suasasa apabila ia muncul secara tiba-tiba di depan mata. Bukan sahaja terkejut, kehadirannya apabila mula terbang memang boleh jadi haru-biru suasana.

Kemunculan lipas terbang buatkan lelaki ini menjerit dan lompat kerana berasa geli

Tular baru-baru ini di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna media sosial tersebut yang memaparkan situasi dua orang lelaki yang berada di koridor rumah mereka.

Dalam perkongsian video tersebut, kedua-dua lelaki itu dilihat baru sahaja hendak memasuki rumah mereka dan kemudiannya seekor lipas muncul secara tiba-tiba di hadapan mereka.

@amrash3636? original sound – amrash


Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut terhibur adalah apabila salah seorang daripada mereka itu menjerit kerana terkejut dengan kehadiran lipas tersebut.

Bukan setakat jerit, lelaki tersebut siap melompat dan melarikan diri jauh daripada lipas itu yang terbang mendekati mereka. Kapsyen dalam perkongsian video tersebut iaitu ‘Sado tak semestinya berani’ juga agak melucukan.

Complete senaman perut sampai keras sebab gelak ulang-ulang”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 126.3 ribu tontonan, 5.9 ribu tanda like dan 1.4 ribu komen. Rata-rata netizen merasa terhibur melihat gelagat lelaki tersebut menjerit dan lompat apabila melihat lipas itu.

Lelaki sado geli dengan lipas
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Lelaki sado geli dengan lipas
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama seperti lelaki tersebut dan tidak terkejut melihat lelaki itu menjerit dan lompat apabila lipas itu muncul didepannya.

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan yang mereka mengulang video tersebut banyak kali kerana ia lucu dan ketawa tidak kering gusi melihat gelagat lelaki tersebut.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTikTok

Comments