‘Kelonggaran Individu Lengkap Vaksinasi Sekurang-Kurangnya Membeli Belah Dan Merentas Daerah’ – PM

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin telah mencadangkan supaya individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin diberikan kelonggaran berhubung prosedur operasi standard (SOP) ataupun sekatan pergerakan.


Perkara ini akan diputuskan pada minggu depan dan sekaligus dapat memberikan keistimewaan kepada rakyat yang telah lengkap divaksinasi untuk tidak ‘terikat’ dengan SOP.

.. dan lepas itu kita akan umumkan apakah kelonggaran-kelonggaran kepada mereka yang dapat dua dos ini supaya mereka tidak terus ‘terikat’; perlu ada beberapa kelebihan (advantage) untuk mereka.

Berkemungkinan bahawa kelonggaran yang akan diumumkan minggu depan termasuk pergerakan untuk membeli-belah atau sekirang-kurangkan membenarkan mereka untuk merentas daerah.

Langkah ini juga akan membenarkan lebih banyak sektor ekonomi dibuka terutamanya di kawasan Lembab Klang pada Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) nanti.

Advertisement

Apa pandangan korang?

Sumber

Comments