Keluarga Angkat Gagal Bawa Pulang Jenazah Adik Amir

Seperti yang dimaklumkan pihak polis semalam, jenazah adik Amir akan dikebumikan hari ini dan diuruskan waris kandung Amir.

Sebelum ini, keluarga angkatnya berhasrat ingin membawa pulang jenazah adik Amir pulang ke Rawang Selangor untuk dikebumikan di sana. Tapi nampaknya ia tidak dapat dilakukan walaupun mereka telah merayu kepada pihak waris.

Advertisement

Perkara ini dikongsikan oleh kakak angkat arwah di Twitter yang bersedih tidak dapat melakukan apa yang dihajati keluarga mereka.

Permohonan mereka ditolak berikutan tidak mempunyai sebarang hak penjagaan walaupun telah mengasuh arwah adik Amir sejak berusia 2 bulan lagi.

Semoga keluarga angkat ini tabah menerima dugaan yang berat ini dan tenanglah wahai Amir di sana, syurga tempatmu.

Comments