Kemas Kini Terbaru iOS Apple dengan ciri ‘Contact Tracing’ COVID-19 Dan Penambahbaikan Fungsi Face ID

Apple dalam kemas kini terbarunya telah mengeluarkan iOS 13.5 dan iPadOS 13.5 merangkumi bug fixes, penambahbaikan dan yang paling ketara ialah perubahan bagaimana Face ID berfungsi ketika pemilik iPhone memakai topeng muka serta fungsi contact tracing COVID-19.

Dalam kemaskini terbaru ini, Face ID akan segera memaparkan kod PIN pengguna setelah gagal mengenali wajah pemiliknya. Sebelum ini, Face ID akan cuba mengenali wajah secara berkali-kali sebelum meminta kod PIN keselamatan. Perubahan ini amat bersesuaian pada waktu ini, kerana keperluan pemakaian topeng muka semasa berada di khalayak ramai dan penggunaan Face ID akan gagal.

Apple juga memperkenalkan ciri baru, COVID Exposure Notification pada iOS 13.5 iPhone. Ciri ini adalah sebahagian daripada perkongsian Apple bersama dengan Google yang membolehkan contact tracing API bagi pegawai kesihatan membina aplikasi yang boeh digunakan dalam memerangi penyebaran COVID-19.

Ia berfungsi menerusi hubungan Bluetooth dengan memberi amaran kepada orang lain yang pernah anda temui dalam 14 hari terakhir sekiranya anda positif COVID-19 atau memberi amaran kepada anda sekiranya sesorang yang anda pernah temui positif wabak itu.

Advertisement

Ciri ini terdapat dalam Settings > Privacy > Health > COVID-19 Exposure Logging. Aplikasi yang telah diluluskan dari pihak berkuasa kesihatan awam ini perlu melalui proses intalasi untuk bagi menggunakannya. Buat masa ini masih belum ada sebarang aplikasi yang berfungsi dengan API ini, namun pastinya akan ada perubahan setelah kemas kini ini dikeluarkan kepada umum.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments