Kematian Bapa Akibat Covid-19, Gadis Ini Kongsi Kronologi Kematian Untuk Memupuk Kesedaran

maxychan

Seperti yang kita tahu, peningkatan kadar kematian disebabkan oleh Covid-19 di negara kita semakin kritikal sehingga menyebabkan kes jangkitan harian mencecah 20,000 kes sehari.

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi dijalankan, namun kes jangkitan harian Covid-19 ini seperti tidak ada surutnya malahan bertambah tinggi hari demi hari. Sedih kita mendengarnya kan?

Lebih merisaukan lagi, sekarang sudah muncul pula varian baru daripada virus Covid-19 ini.

Advertisement

“Kami sendiri pun tidak tahu dari mana puncanya..”

Menerusi sebuah perkongsian di laman Instagram milik Maxychanmx, baru-baru ini dia telah kehilangan bapanya berpunca daripada Covid-19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maxy ??? (@maxychanmx)

Dalam perkongsian itu, dia memberitahu yang dia sendiri pun tidak tahu bagaimana bapanya boleh terkena jangkitan virus tersebut.

Dia juga turut berkongsi kronologi kondisi bapanya sejak awal mengetahui dirinya dijangkiti sehingga dia menghembuskan nafas terakhirnya.

maxychan
Maxy bersama kedua ibubapanya – via Instagram

“Ingatkan demam biasa..”

Katanya, bapanya yang berumur 68 tahun itu pada awalnya mengalami demam panas dan sakit tekak. Mereka merasakan itu hanyalah demam biasa kerana pada malam sebelumnya, bapanya itu telah makan durian dalam kuantiti yang banyak.

Setelah melakukan ujian RTK dan PCR, rupa-rupanya ibu bapa dan termasuk dirinya sendiri didapati positif Covid-19. Disebabkan itu, mereka telah melakukan self-quarantine di rumah selama beberapa hari.

“Ayah hanya cakap yang dia penat..”

Semasa proses kuarantin di rumah, bapanya kerap mengadu yang dia berasa terlalu penat dan memerlukan rehat yang cukup. Sehinggakan nak angkat call pun bapanya tidak larat.

Menurutnya, terdapat satu ketika di mana bapanya mahu mandi dan mengambil masa yang sangat lama untuk keluar dari bilik air. Dia pergi ke bilik air dan mendapati bapanya sudah terbaring di atas lantai namun masih sedar. Kata bapanya, dia cuma penat.

Tidak sampai seminggu, kondisi bapanya semakin kritikal kerana virus tersebut telah menjangkiti paru-parunya dan tahap oksigen dalam badannya juga berkurangan dengan drastik. Ini menyebabkan bapanya terpaksa dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Khas (ICU).

Ketika dimasukkan ke dalam ICU, doktor memberitahu yang bapanya sudah berada di fasa awal jangkitan tahap 5 dan memerlukan 100% bantuan pernafasan. Selang 5 hari, bapanya telah menghembuskan nafas terakhirnya tanpa keluarga di sisi.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERInstagram

Comments