Kematian Kontroversi Pelakon Boys Over Flowers, Bukan Hanya Kes Bunuh Diri Semata-Mata

36824

Untuk penggemar drama Korea mesti cukup kenal dengan drama bertajuk ‘Boys Over Flowers’ ini yang mencetuskan fenomena di Korea Selatan. Drama yang ditayangkan pada tahun 2009 ini kemudiannya mendapat sambutan yang sangat baik dari peminat di seluruh dunia.

boys over flowers
Teraju utama Boys Over Flowers

Boleh dikatakan, drama ini membantu menaikkan industri K-Drama pada waktu itu selepas drama hit ‘Winter Sonata’. Pada tahun yang sama juga, salah seorang pelakon pembantu iaitu Jang Ja Yeon yang membintangi drama itu ditemui mati dipercayai kerana membunuh diri.

Kontroversi di sebalik kematian

Kematian Jang Ja Yeon bukanlah kematian bunuh diri yang biasa. Punca kematian sangat diragukan kerana kerjayanya sedang berada di kemuncak pada waktu itu. Ini semua kerana drama yang dibintanginya itu mendapat sambutan hangat dari peminat seluruh dunia.

boys over flowers
Jang Ja Yeon paling kiri.

Jang Ja Yeon ada meninggalkan dokumen yang memberitahu dirinya telah dipaksa oleh agensinya untuk melakukan hubungan seks dengan beberapa individu berpangkat besar. Di dalam dokumen itu, beliau mendedahkan sebanyak 31 nama yang menderanya secara seksual.

Sebagai artis baru yang mula dikenali ramai dan tidak dilindungi sesiapa, pihak agensi dan pengurusnya mempergunakan Jang Ja Yeon untuk duit dan populariti. Mulanya hanya dijanjikan 1-2 lelaki. Tetapi dalam setahun perlu melayan 31 orang lelaki yang semuanya merogolnya.

Pengurusnya begitu terdesak dengan wang dan pelayanan seks tersebut berlanjutan setiap minggu. Jang Ja Yeon bahkan disarankan untuk membuang rahimnya. Di Korea, pendapatan artis adalah bonus kepada manager. Dunia mereka kejam!

Bunuh diri di rumahnya

jang ja yeon
Kredit: Korea Herald

Beliau ditemui menggantungkan diri di rumahnya di Seongnam oleh kakaknya. Langkah bunuh diri adalah penyelesaian terakhir kerana Jang Ja Yeon tidak dilindungi atau dibantu oleh sesiapa. Pengurus dan agensi malah memerahnya sampai lemah.

Pernah dia protes, akibatnya dia dikurung bagai haiwan dan dipukul hampir setiap hari. Dalam pada itu, sempat juga Jang Ja Yeon terlibat dalam pelbagai drama kerana drama lakonan pertamanya Boys Over Flower yang dikenali ramai. Tapi tidak sempat dramanya rilis dia bunuh diri.

Diari disorokkan

diari
Kredit: Blog

Diari tersebut adalah BUKTI penting kenapa Jang Ja Yeon menghabisi hidupnya yang terkawal rapi itu. Hasil siasatan akhirnya membuahkan hasil, ditemui tulisan 7 mukasurat menceritakan apa yang terjadi beserta nama 31 lelaki yang menjadikannya pelacur.

Tapi aneh, hanya pengurus dan wakil agensi sahaja yang terhukum atas kasus tersebut. 31 orang lagi yang terdiri daripada pelbagai profesion masih lepas bebas dan mungkin masih menganiaya artis baru yg lain. Hampir setiap masa kes Jang Ja Yeon cuba dibuka kembali tapi tiada hasil.

Filem The Secret Scandal

the secret scandal
Pada tahun 2013, sebuah filem bertajuk The Secret Scandal difilemkan berinspirasikan dari kematian Jang Ja Yeon. Filem ini mendedahkan sisi gelap dunia perfileman Korea Selatan termasuk ‘sexual abuse’ seperti yang dialami oleh mendiang.

Filem yang diteraju oleh pelakon terkenal Korea Selatan, Ma Dong Seok ini seolah-olah tribute kepada mendiang kerana kesnya masih lagi berlanjutan sehingga kini. Walaupun sudah hampir 10 tahun berlalu, kes ini sudah beberapa kali tertangguh dan masih dalam siasatan.

kpop star
Kredit: CBS News

Kes kematian Jang Ja Yeon kembali menjadi sebutan selepas pembongkaran kes ‘Burning Sun’ sebuah kelab yang dikaitkan dengan bintang K-Pop, Seungri. Ahli kumpulan Big Bang itu juga dikaitkan dengan tuduhan menyediakan khidmat pelacuran di kelabnya untuk individu berpangkat besar.

Sumber

Artikel berkaitan: Di Mana Madeliene? Kisah Kanak-Kanak Hilang Paling Kontroversi Hingga Kini

Comments

comments