Kembali Beroperasi, Kiosk Kecil ‘Milo Ais’ Dibuka Di Jepun Sejak Penangguhan Tahun Lalu

kiosk Milo di Jepun

Tahun lalu, hangat menjadi bualan ramai apabila produk minuman Nestle Milo di Jepun terpaksa ditangguhkan sementara sehingga Mac 2021 selepas dikhabarkan permintaan Milo yang terlampau tinggi di negara itu.

Ciapan dari seorang pengguna Twitter yang merasai dan berkongsi pengalaman setelah meminum produk keluaran Nestle itu menjadi salah satu punca penangguhan pengeluaran produk Milo.

Namun, @TonanLeopard yang merupakan warga Jepun memuat naik satu ciapan, mengatakan pihak Nestle Jepun kembali beroperasi dan menjual minuman itu setelah hampir tiga bulan tidak menjual. Ciapan itu telah tular dan mendapat komen positif dari rata-rata warga maya.

kiosk Milo Ais

Advertisement

Lebih menarik, kali ini pihak Nestle Jepun membuka kiosk kecil di mana ia hanya menjual air Milo sahaja. Kiosk Milo berkenaan terletak di kawasan stesen kereta api Machida di bandar Tokyo dan menu utama yang menjadi pilihan pelanggan pastinya ‘Milo Ais’.

Selain milo ais biasa yang dijual, kiosk kecil itu hadir dengan variasi perisa yang baharu iaitu Milo dengan campuran buahan seperti pisang dan kiwi.

Milo Tabur

Setelah gambar ciapan itu tular dalam bahasa Jepun, segelintir warganet Malaysia membalas komen yang menunjukkan gambar cara orang Malaysia menikmati minuman ‘Milo Ais’ yang tersendiri.

SUMBER

 

SUMBERThe Vocket

Comments