Kembali Dibuka, Taman Tema Air Tawar Pelbagai Pakej Menarik Penuhi Permintaan Pengunjung

Taman tema air

Pasti semua bersorak keriangan apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan aktiviti pelancongan dibuka dalam usaha memulihkan ekonomi negara.

Taman tema Sunway Lagoon dan Sunway Lost World of Tambun kembali dibuka kepada semua setelah sekian lama tutup disebabkan pandemik Covid-19.

Walau bagaimanapun, taman tema yang dibuka ini telah mengehadkan kunjungan pengunjung sebanyak 30 peratus dalam sehari untuk memastikan keselamatan dan kepatuhan SOP yang ditetapkan.

Sunway Lagoon

Advertisement

Sunway Lagoon di Petaling Jaya, Selangor turut menawarkan dua pakej iaitu ‘2 Play Again’ dan ‘Playdate’ bagi memenuhi permintaan pengunjung. Sementara itu, Sunway Lost of Tambun juga menawarkan pelbagai pakej yang menarik boleh dipilih oleh pengunjung.

“Diharap kami dapat memberi pengalaman luar biasa dan terbaik kepada pengunjung dan akan terus menampilkan yang terbaik kepada pelanggan”.

Taman tema air

Pengarah Eksekutif Sunway, Calvin Ho menyatakan pihaknya tidak sabar untuk menunggu kehadiran pengunjung dan menikmati pelbagai permainan yang disediakan di kedua taman tema itu.

Sekarang jugak nak book tiket ke Sunway… Yang penting, jangan lupa SOP yaa…

SUMBER

 

Comments

comments