Kembaralah Ke 9 Negara Ini Untuk Menikmati Suasana Bulan Ramadan Yang Meriah

1205

Pada bulan puasa, bukan semua orang akan memilih untuk keluar melancong ke negara lain. Tetapi terdapat juga segelintir manusia memilih untuk ke luar negara bagi merasai sendiri keindahan berpuasa di negara orang.

Tahukah anda walaupun anda terpaksa berpuasa berbelas jam lamanya di negara-negara seperti Australia, Sweden, dan Morocco, jangan biarkannya melemahkah semangat anda untuk melancong ke negara-negara ini ketika bulan Ramadan kerana suasana berpuasa berlainan sekali di luar negara.

Namun durasi untuk berpuasa di setiap negara amat berbeza dan bergantung pada musim dan lokasi negara tersebut.

Jika anda hendak melancong pada bulan puasa, kami sarankan agar anda memilih destinasi negara Islam yang menyambut bulan puasa dengan sangat meriah.

Palestin

Tradisi Iftar Atar merupakan salah satu kegiatan pada bulan Ramadan yang kerap dilakukan oleh warga Palestin.

Iftar Atar adalah acara berbuka puasa bersama-sama dilakukan oleh semua penduduk Palestin. Biasanya pada bulan puasa para penduduk akan berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama hidangan khas masyarakat timur tengah iaitu falafel.

Mesir

Jika anda ke Mesir pada bulan Ramadhan, bandar mereka kelihatan bercahaya kerana dihiasi banyak lampu-lampu yang dipanggil ‘fanousramdan’ atau ‘fanous ramadhan’.

Pada bulan puasa, jika anda ke sana, kelihatan ratusan lampu tergantung sepanjang jalan untuk memeriahkan lagi bulan puasa.


Maldives

Sepanjang bulan Ramadhan, sebahagian besar masyarakat di Maldives akan memasak makanan istimewa.

Saat waktu berbuka puasa, pelbagai hidangan tempatan disiapkan seperti kulhi boakibaa (kue ikan), foniboakiba (kue tepung), dan gulha (bola ikan).

Maldives terkenal dengan percutian pulau yang cantik, tetapi anda boleh ke sana merasai bulan puasa dan makan beramai-ramai ketika berbuka bersama penduduk setempat.

Qatar

Jika anda ke Qatar, tradisi Garangao diamalkan sejak dahulu lagi bagi menyambut Ramadan. Dalam tradisi Garangao, kanak-kanak kecil akan memakai pakaiaan tradisional mereka lalu mengelilingi sekitar rumah sambil menyanyikan lagu tradisional Qatar.

Acara ini sering kali dilakukan secara besar-besaran pada pertengahan bulan Ramadan sewaktu mereka berbuka puasa.

Algeria

Di Algeria, pada bulan puasa penduduk mereka tidak akan selalu berada di rumah kerana mereka banyak melakukan ibadah seperti tarawih, tadarus al-Quran dan bersahur di luar rumah.

Tradisi ‘saharat ramadiniyah’ dilakukan pada waktu malam fokusnya untuk beribadah dan berkumpul bersama-sama rakan-rakan dan keluarga.


Indonesia

Negara jiran kita sangat terkenal dengan kebudayaan mereka menyambut puasa dengan meriah sekali di semua daerah. Penduduk sekitar akan mula berarak beramai-ramai untuk mengejutkan semua orang bangun sahur.

Pada bulan puasa, masyarakat setempat akan berarak bersama-sama sambil melaungkan ‘sahur,sahur,sahur’ berulang kali.

Turki

Pada waktu tengah malam di bulan Ramadan, masyarakat Turki akan dimeriahkan dengan ketukan gendang dan berbagai bunyi yang riuh di jalanraya.

Sama seperti di Indonesia,  kegiatan ini dimaksudkan untuk mengingatkan waktu sahur kepada warga yang masih terlelap agar segera bangun untuk makan.

Mekah

Di Mekah sendiri ada tradisi membunyikan meriam ‘fatima’ saat bulan Ramadan, biasanya ia akan dibunyikan saat fajar mulai menyingsing sebagai tanda mulanya bulan puasa dan akan berbunyi kembali saat waktu berbuka puasa. Tradisi ini telah dilakukan sejak tahun 859 Hijriah lagi.

Maroko

Di Maroko, menjelang sahaja Ramadan para penduduk akan sibuk mencantikkan kediaman mereka dengan bersih dengan mengecat dinding agar kelihatan rapi dan bersih.

Ini dilakukan bagi menyambut kedatangan sanak saudara yang akan berbuka puasa bersama-sama sepanjang bulan Ramadan. Aktiviti ini kerap kali dilakukan bersama keluarga sebelum menyambut bulan puasa.

Agak-agak negara mana yang teringin nak pergi masa bulan puasa ni?

Comments

comments