Kementerian Kesihatan Malaysia Akan Mempertimbangkan Kerja Khidmat Masyarakat Untuk Perokok Ingkar

Undang-undang larangan merokok di premis makanan akan berkuatkuasa sepenuhnya mulai 1 Januari 2020 ini. Sebelum ini ramai yang sudah mengikuti arahan yang dikeluarkan ini walaupun masih ada pihak yang ingkar.

Bagi menangani masalah perokok yang masih berdegil, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempertimbangkan kerja khidmat masyarakat kepada individu yang didapati bersalah merokok di premis makanan. Antara kerja-kerja khidmat masyarakat dimaksudkan ialah mencuci tandas awam, mengutip sampah dan memotong rumput.

KKM tidak akan membuat sebarang penangguhan lagi untuk undang-undang ini dilaksanakan. Sebelum ini penangguhan selama 6 bulan diberikan untuk memberi peluang kepada perokok membiasakan diri dengan peraturan itu. Tempoh 6 bulan percubaan itu akan berakhir pada Disember ini.

Dalam tempoh penangguhan itu, KKM meningkatkan penguatkuasaan pendidikan termasuk mempromosi Perkhidmatan Berhenti Merokok KKM bagi menggalakkan perokok berhenti merokok.

Advertisement

Sebelum ini KKM telah melakukan undian di laman Facebook mereka dan bertanyakan pendapat ramai tentang pelaksanaan kerja khidmat masyarakat ini. Dan nampaknya hampir majoriti menyokong idea ini dilakukan.

Comments

comments