Kementerian Kesihatan Malaysia Akan Menjalankan Ujian Pengambilan Sampel COVID-19 Di Rumah

Bagi membendung gelombang kedua COVID-19 yang menyerang negara kita ketika ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkolaborasi dengan pihak swasta bagi perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah. Dengan kemudahan ini, orang awam yang tidak mempunyai gejala boleh menjalani ujian COVID-19 di rumah tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan.

Tambahan lagi, orang awam juga boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan melawat “website” yang dilancarkan baru-baru ini. Selain itu, terdapat aplikasi yang boleh digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Pengguna boleh menentukan waktu lawatan ke rumah bagi tujuan pengambilan sampel yang berkenaan.

Baca: Kementerian Kesihatan Malaysia Lancar ‘Website’ Khas Untuk Anda Periksa Simptom COVID-19

Namun, dikatakan perkhidmatan pengambilan sampel ujian COVID-19 ini akan dikenakan caj oleh pihak syarikat swasta berkenaan.

Advertisement

Berikut merupakan Kenyataan Akhbar yang diberi:

 

Sementara itu, KKM juga telah memberi nasihat baru kepada orang awam seperti berikut:

  1. KKM menasihatkan orang awam tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri yang baik dan sekiranya menunjukkan simptom, elakkan daripada mengunjungi ke tempat-tempat awam. Dua kaedah mudah ini telah terbukti mampu mengurangkan penularan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh titisan sekresi pernafasan (respiratory droplet) dalam kalangan komuniti. Kaedah ini juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh negara China semasa menghadapi wabak COVID-19 di negara mereka dan kaedah ini merupakan salah satu penyumbang pengurangan kepada kes virus ini di China.
  1. Penjagaan kebersihan diri yang baik adalah seperti sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau menggunakan hand sanitizer. Selain itu,segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas.
  1. KKM ingin menasihatkan orang ramai agar menangguhkan perjalanan ke luar negara terutamanya ke wilayah-wilayah atau bandar-bandar yang diisytiharkan sebagai kawasan wabak COVID-19 di Republik Rakyat China, Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran (seperti yang dimaklumkan sebelum ini).
  1. Orang awam juga diingatkan untuk tidak menyebarkan berita atau maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian COVID-19 ini. Maklumat terkini berkenaan perkembangan semasa kejadian COVID-19 boleh didapati daripada laman sesawang KKM; moh.gov.my

Terkini, KKM memaklumkan bahawa sehingga 9 Mac 2020, jam 12 tengah hari, terdapat sebanyak 18 kes baru jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Dengan penambahan 18 kes terbaru ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 117 kes. Daripada jumlah tersebut terdapat 19 kes telah dikesan dari kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan COVID-19, 96 kes lagi dari kalangan kenalan rapat dan 2 lagi kes dari Misi Bantuan Kemanusiaan. Dua kes yang dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi semalam, kini masih lagi dirawat dan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sumber

Comments