Kementerian Kesihatan Sahkan Terima Empat Kes Polio Di Malaysia Semuanya Direkodkan Di Sabah

polio malaysia

Ketika seluruh dunia sibuk dengan kes coronavirus atau COVID-19 yang semakin membimbangkan, Malaysia kini berhadapan dengan satu lagi virus iaitu Poliovirus yang juga dikatakan mudah ‘merebak’. Seperti yang kita ketahui, virus ini akan mebawa penyakit Polio atau nama panjangnya poliomyelitis yang boleh menyebabkan lumpuh seumur hidup dan juga ada yang membawa kepada kematian.

Baca: “Sangat Mudah Merebak”, Penyakit Polio Kembali Ke Malaysia Selepas 27 Tahun

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan pengesahan di laman Twitter bahawa terdapat satu lagi kes Polio terbaru yang telah dikesan dan menjadikan terdapat empat kes polio di Sabah setakat ini.

Kes terbaru ini, melibatkan kanak-kanak lelaki bukan warganegara yang berumur tiga tahun di Sandakan. Menurut kenyataan akhbar yang dikongsikan diberitahu bahawa, kanak-kanak ini tidak pernah menerima vaksin polio sejak lahir.

Seterusnya, empat kes yang disahkan polio ini melibatkan kanak-kanak lain yang berumur tiga dan lapan tahun dari Sandakan dan 11 tahun dari Kinabatangan. Hanya satu kes yang masih dirawat di hospital iaitu kanak-kanak berumur tiga bulan dari Tuaran.

polio malaysia

Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kini kanak-kanak yang dijangkiti ini telah berada dalam keadaan yang stabil tetapi masih memerlukan alat bantuan pernafasan.  Menurutnya lagi, tiga daripada empat kes ini merupakan bukan warganegara, yang tidak pernah menerima vaksin polio.

Comments

comments