“Kena Pasang Aircond Dulu”, Anak Letak Syarat Untuk Bermalam Di Rumah Ibu Ayah

5079

Ibu bapa sanggup melakukan apa saja asalkan anak-anak mereka bahagia. Lagi-lagi bila di usia yang semakin lanjut, apa yang mereka mahukan hanyalah meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Segala permintaan anak-anak pasti akan dituruti oleh ibu bapa walaupun dalam keadaan yang tidak berkemampuan. Seorang anak tergamak meminta ayahnya memasang penghawa dingin (aircond) di rumah sebagai syarat untuk bermalam.

Cari aircond murah

aircond
Kredit: Facebook

Kisah petang tadi.

Dapat call dari seorang customer, cakap nak pasang aircond paling murah dan urgent. Katanya.. anak, menantu dan cucu nya nak balik sempena cuti sekolah.

Tapi si anak bagi syarat kena pasang aircond dalam bilik dahulu baru diorang bermalam dekat rumah. Kalau tak, si anak nak bermalam dekat hotel. Jadi aku pergi ke alamat rumah yang pakcik ni bagi. Sampai rumah pakcik tu, aku bagi list harga beberapa jenama aircond.

“Pak cik tak cukup duit”

Pakcik ni tiba-tiba senyap. Termenung panjang nak kena pasang aircond semata-mata nak memenuhi kehendak anak. Dengan berat hati pakcik tu bagitau dia tak cukup duit. Bila tengok air muka pakcik ni, aku tak sampai hati nak ambil duit. Jadi, aku charge harga aircond je.

Sampai hati anak

wargaemas
Gambar hiasan

Masa on the way balik, aku pulak termenung tiba-tiba teringat arwah ayah. Wahai si anak, mak ayah yang sedang menghitung usia tu bukan harapkan apa-apa pun dari kamu.

Cukuplah dapat tengok anak cucu depan mata untuk lepaskan rindu. Nanti bila ayah kau dah tak ada dalam dunia ni baru kau akan menyesal sampai mati.

Ingatlah, Dalam hidup ni kita semua patut bagi dan dapat peluang kedua. Tapi menangis air mata darah sekalipun mak ayah takkan ada kelahiran semula.

Sumber

Comments

comments