Kenali 5 Ciri-Ciri Kawan Toksik Dan Hindari Daripada Berkawan Dengan Mereka!

“Quality Over Quantity”.

Jangan tergolong dalam golongan kawan yang sering membuatkan anda berasa sakit hati ketika berteman! Lebih baik mempunyai beberapa kawan yang rapat berbanding mempunyai kawan yang ramai tetapi tidak menyenangkan kita.

Runsing memikirkan apabila kawan kita sendiri yang memberi masalah kepada diri kita. Zaman sekarang kawan yang berkelakuan toksik semakin ramai tanpa kita sedari. Nak tahu ciri-ciri kawan yang selalu berperangai toksik ni?

1. Kawan yang sering menjadikan kita sebagai tempat lepas geram

video toksik

Advertisement

Setiap orang mempunyai emosi yang tersendiri dan pelbagai ragam yang ditonjolkan ketika dalam keadaan marah. Tetapi tidak seharusnya melepaskan perasaan marah itu terhadap orang lain yang tidak mempunyai kaitan dengan perkara yang membuatkan perasaan marah itu datang.

Kecil hati dan perasaan mudah terasa pasti akan sentiasa berlaku dalam persahabatan tersebut. Akibatnya, seseorang itu akan menghindarkn diri daripada bertemu kawan mereka yang berperangai seperti ini kerana tidak mahu menambah stress lagi dengan mendengar rungutan yang tidak berkaitan.

Mungkin anda sudah berfikir secara perlahan-lahan kawan anda yang manakah seperti yang dinyatakan diatas ini?

2. Kawan yang tidak menyokong kita ketika kita memerlukan

video toksik

Menceritakan masalah yang menimpa kadang kala bukan untuk diminta bersimpati atau mengharapkan bantuan tetapi untuk meringankan beban perasaan yang dipikul. Namun lain pula yang jadi apabila sudah meluahkan perasaan, tidak dilayan malah yang paling teruk pula ialah kita yang dipersalahkan atas masalah yang dihadapi.

Mungkin sesetengah orang mampu menerima kritikan dengan hati yang terbuka tetapi ada juga orang yang memerlukan sokongan daripada kawan sebelum bertindak melakukan sebarang keputusan.

Timbul persoalan, bagaimana seseorang itu mampu untuk berkawan dengan kawan yang sering menyalahkan dirinya dan tidak melihat kebaikan yang lakukan olehnya. Memikirkan persoalan ini sahaja sudah memberi tekanan.

3. Kawan yang sering meminggirkan kita

video toksik

Mengapa harus berkawan sekiranya lebih gemar melakukan sesuatu perkara dengan bersendirian. Mengapa juga harus berkawan sekiranya kita sering ditinggalkan dan tidak dibenarkan ikut serta dalam sebarang perkara yang dilakukan.

Kawan yang sering menghiraukan kita pada akhirnya akan menyebabkan persahabatan itu renggang dengan sendirinya. Sudah berkawan lama tetapi disebabkan perkara seperti ini terjadi, kita dengan sendirinya akan berasa janggal untuk terus berkawan.

Bukanlah kita mahu meminta sepenuh perhatian daripada kawan sendiri cukuplah sekadar tidak menghiraukan kita dan menganggap kita ialah seorang kawan yang baik untuk mereka.

4. Kawan yang sering menggunakan kebaikan kita

video toksik

Kawan yang baik adalah salah satu anugerah yang diberikan kepada kita. Tidak sepatutnya kita bersyukur mempunyai kawan seperti itu dengan menggunakan kebaikan yang dia ada. sama sahaja diibaratkan seperti mengambil kesempatan ke atas orang lain.

Mungkin ramai yang akan berkata bahawa kawan seharusnya saling membantu kerana itulah gunanya kawan dalam hidup. Membantu kawan tidak salah tetapi janganlah mengarah kawan untuk membantu kita dalam perkara yang remeh. Ini kerana sesetengah orang mungkin nampak pendiam dan baik disamping kawan mereka.

video toksik

Anda yang terasa ketika membaca artikel ini, mungkin anda adalah antara golongan yang menggunakan kebaikan kawan anda untuk kepentingan sendiri?

5. Kawan yang selalu mengawal kehidupan kita

video toksik

Kawan yang selalu memberi saranan atau cadangan berkenaan perkara yang kita harus lakukan ialah kawan yang sangat menyenangkan kita. Tetapi bagaimana pula sekiranya kawan kita tersebut terlalu mengongkong dan menentukan segalanya untuk kita.

Anda pastinya rimas dan tidak selesa dengan keadaan seperti ini. Anda rasakan bahawa anda dilayan seperti budak kecil yang tidak tahu membuat keputusan sendiri.

Ingat, sebagai kawan kita tidak mempunyai hak untuk menentukan kehidupan orang lain bahkan orang yang rapat dengan kita sekalipun. Tapi anda tidak bermaksud untuk menghasut dan memaksa untuk mengikut cadangan anda? Tanpa anda sedari kawan anda sebenarnya tertekan dengan kata-kata mendesak yang diucapkan oleh anda.

Kesimpulan daripada ini ialah setiap orang harus memilih kawan yang tepat agar tidak berlaku perkara seperti yang telah disebut di atas. Sekiranya anda berada dalam situasi toksik ketika berkawan, tidak salah jika anda tinggalkan sahaja kawan anda itu dan mencari kawan baru yang lebih memberi anda ketenangan.

Comments

comments