Kenali Insan Disebalik Skrip Ucapan PM, Datuk Dr Marzuki Mohamad

Gambar Hiasan

Baru-baru ini ramai daripada kalangan rakyat Malaysia meluahkan rasa terharu dan tersentuh dengan kata-kata ucapan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial berkenaan COVID-19 pada 25 Mac lalu.

Baca: Perdana Menteri Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac Sehingga 31 Mac Ini

Namun, tidak ramai pula di antara kita yang mengenali individu disebalik ucapan ringkas, teliti dan menyentuh hati tersebut.

Beliau yang dimaksudkan itu adalah Datuk Dr Marzuki Mohamad, 46, merupakan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dilantik pada 1 Mac 2020.

Advertisement

v, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri

Beliau mempunyai pengalaman berkhidmat dengan Tan Sri Muhyiddin sejak tahun 2009. 

Walaupun nama beliau jarang disebutkan, tetapi tahukah anda bahawa Datuk Dr Marzuki Mohammad pernah memegang beberapa jawatan penting dalam negara kita?

Pada tahun 2009 dan 2013 beliau pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri dan pada tahun 2013 hingga 2015 beliau juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan.

Selepas itu, pada tahun 2015 pula, beliau kembali bertugas di UIAM sebagai Profesor Madya di Jabatan Sains Politik dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Sains Politik.

Sebelum ini, beliau juga dikatakan telah memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di UIAM pada tahun 1999.

Gambar Hiasan

Latar belakang pendidikan

Datuk Dr Marzuki Mohamad merupakan anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan dan telah mendapat pendidikan rendah dan menengah di sana. Beliau dikatakan sangat berminat mengkaji tentang politik pilihan raya, politik hubungan kaum, politik Asia Tenggara, Islam dan undang-undang.

Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan telah menyambung pelajaran beliau dalam bidang Sarjana Sastera (Sains Politik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Doktor Falsafah (Sains Politik) dari Australian National University, Australia.

Disebabkan oleh teks ucapan yang mudah itu, rakyat lebih senang memahami apa yang ingin disampaikan.

Sumber

Comments

comments