Kenali Jenama Tudung Yang Menjadi Pilihan ‘Hijabster’ Di Malaysia

3390

Fesyen tudung kini semakin berkembang jika nak dibandingkan dengan waktu dulu. Bukan itu sahaja, kini semakin banyak usahawan yang menjalankan perniagaan tudung demi kehendak pasaran. Ada pelbagai jenis dan design yang menarik ditawarkan dimana setiap perniagaan menawarkan style yang berbeza.

Ini antara senarai jenama tudung yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Sambil-sambil tu, boleh lah cuci mata lihat koleksi tudung yang ada.

Naelofar Hijab ( @Naelofar )

Perniagaan yang diasaskan oleh selebriti terkenal, Neelofa ini sememangnya antara jenama tudung yang terkenal di Malaysia. Naelofar yang dimulakan pada tahun 2014 ini telah mengeluarkan lebih dari 80 koleksi tudung terdiri daripada shawl, tudung bawal, semi instant shawl, scarf dan turban.

Apa sahaja yang digayakan oleh Neelofa ini pastinya akan menjadi ikutan ramai. Antara rekaannya yang terkenal semestinya koleksi kolaborasi bersama Swarovski.

dUCK Scarves ( @theduckgroup )

Siapa saja yang tidak mengenali pemiliknya, Vivy Yusof yang mempunyai pengikut seramai 1.7 juta di Instagram. Bukan sahaja beliau cukup bergaya dalam kehidupan sehariannya tetapi juga ramai yang gemar melihat ootd (outfit of the day) beliau setiap hari.

Walaupun pernah mendapat kritikan kerana harganya yang agak tinggi dari jenama lain namun Vivy mempunyai visinya sendiri dalam perniagaan. Soal harga tidak menjadi masalah kerana dUCK mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Cause, why not?

Istimewanya jenama ini, pembeli akan menerima tudung yang dibeli dalam bentuk kotak sebegini. Barulah nampak ekslusif kan?

Tudung People ( @tudungpeople )

Mula diusahakan pada tahun 2011 dengan lebih 40 koleksi terdiri daripada 400 printed shawl, bawal dan instant shawl. Selain daripada butik di Bangi, jenama ini juga memiliki pengeluar di luar negara seperti di Singapore, Brunei, Japan dan Saudi Arabia

Signature shawl mereka semestinya printed shawl yang mempunyai design mengikut tema koleksi yang dikeluarkan.

Cakenis ( @cakenis )

Pengasasnya, Hanis Zalika dahulunya terkenal sebagai blogger kini orang ramai mengenalinya sebagai ibu kepada si kecil Yusof Iskandar. Buat penggemar shawl pastinya familiar dengan shawl yang dulu dipanggil Keknis ini.

Malah, di mana-mana kedai yang menjual tudung pasti akan ada shawl yang diberi nama Shawl Cakenis ini. Signature shawl mereka semestiya plain shawl yang terkenal sejak beberapa tahun yang lalu.

Banyak lagi jenama tudung yang ada di Malaysia ni. Kalau disenaraikan semua sekali nak juling mata membacanya. Jadi rasanya yang mana satu jenama favourite anda?

via GIPHY

Comments

comments