Kenang ‘Perang’ Jenama Pensel Warna, Netizen Geli Hati Ingat Zaman Dulu!

Kenangan ini memang mahal kan, umpama masa indah yang tak boleh diulang. Tambah-tambah lagi bila salah seorang mula buka topik, memang keluar lah semua momen yang pastinya menggamit kenangan dan memori.

Berkongsi kisah jenama pensel warna yang dahulu pernah menjadi rebutan ketika di sekolah, laman Twitter pemuda ini nyatanya mendapat sambutan netizen.

Bukan apa, kalau sekarang ini kita sering mendengar pengguna iOS dan Android berdebat, tetapi kali ini berkaitan jenama pensel Staedler Luna dan Stabilo Swan pula! Ha, korang dulu geng mana?

Menerusi ruangan komen, netizen juga ada menyatakan dahulu pemilik Steadler Luna ini boleh dikatakan orang yang ada-ada berbanding Stabilo. Lebih menghiburkan, bila dah ada pensel jenama ini terus jadi kedekut dan tak mahu berkongsi. Haha!

Tak cukup dengan itu, bilangan pensel warna pun perlu diambil kira. Dari 12 batang pensel kepada 48 batang pun dah kira power habis dah.

Rata-rata netizen juga turut terhibur dek perkongsian masing-masing. Ternyata masa kecil kita ini cukup indah kan.

Advertisement

Memang lucu bila kenang semua tu. Tak kisahlah jenama apa sekalipun, yang penting kenangan yang membawa kita ke tahap yang sekarang. Orang kata, pengakhiran tu yang orang nak tengok. Betul tak?

Semoga perkongsian ini dapat menghiburkan semua. Stay safe selalu ya!

SUMBER

 

 

Comments

comments