“Kenapa Ayah Tak Keluar Pun”, Video Kanak-Kanak Lawat Kubur Ayah Mengundang Sebak Netizen

2054
kanak-kanak perempuan

Setiap yang hidup pasti akan menghadapi kematian. Tapi bukan mudah untuk kanak-kanak memahami erti kematian dalam usia yang muda. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsikan video anak buahnya yang melawat kubur ayahnya dan mendapat lebih 25 ribu retweet setakat ini.

Meninggal dunia 3 tahun lalu

Menurut Anne Mokhtar yang merupakan ibu saudaranya, ayah kanak-kanak itu meninggal dunia pada tiga tahun lalu semasa anaknya itu berusia 2 tahun. Kakak iparnya membawa anaknya melawat kubur ayahnya untuk melepaskan rindunya.

Perbualan diantara kanak-kanak itu dan ibunya membuatkan netizen turut berasa sebak selepas kanak-kanak itu bertanyakan beberapa soalan tentang arwah ayahnya. Dia juga bertanya kenapa ayahnya tidak keluar daripada kubur kerana dia terlalu rindukannya.

Netizen sebak

Rata-rata netizen turut bersimpati melihat keadaan kanak-kanak ini yang masih lagi belum mengenal erti sebenar kematian. Ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama saat kehilangan ahli keluarga sewaktu kecil dahulu.

Sebelum ini, perkongsian seorang nenek tentang cucunya yang menziarahi kubur arwah ibunya mengundang kesedihan netizen. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: “Kalau Mama Ada Dia Mesti Bangga”, Perkongsian Nenek Ini Buat Netizen Sebak

Comments

comments