“Kenapa Saya Dihalau Dari Saf Depan?”, Mufti Wilayah Beri Respons Pada Surat Terbuka Kanak-Kanak Ini

Baru-baru ini tular di media sosial, sekeping surat terbuka yang dikongsikan di media sosial. Walaupun sebenarnya surat itu dibuat pada tahun 2017, tetapi baru-baru ini ianya viral setelah dikongsikan semula.

Seorang kanak-kanak lelaki membuat surat terbuka kepada pihak pengurusan masjid yang menghalaunya dari saf hadapan. Semuanya hanya kerana dia masih lagi kanak-kanak dan bukannya orang dewasa.

Kenapa semalam Tok Pengerusi halau saya dari saf pertama? Sampai saya terpaksa duduk di saf ketiga. Walaupun saya masih budak, saya solat dengan khusyuk. Bukan semua budak-budak suka main waktu solat.

Advertisement

Surat yang ditulis oleh Nadzrul Zarfan pada tahun 2017 itu telah diserahkan kepada pihak pengurusan masjid. Usahanya itu tidak sia-sia apabila dia tidak lagi dihalau ke saf belakang selepas daripada itu.

adik nadzrul
Kredit: Twitter

Reaksi Mufti Wilayah

Surat terbuka ini juga membuatkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan balasan kepada soalan yang ditanya di dalam surat itu.

“Sekiranya kanak-kanak hadir terlebih dahulu, tidak boleh ditarik mereka bagi memberi laluan kepada lelaki dewasa.”

“Maknanya anakanda, tak salah apa yang anakanda buat tu. Bagus duduk dengan orang-orang dewasa.”

“Kalau ada orang kata nanti terputus saf bila ada budak-budak antara orang dewasa, cakap pada dia, Mufti Wilayah Persekutuan belum jumpa lagi mana-mana ulama’ yang kata begitu.”

Selain daripada reaksi dari Mufti Wilayah ini, netizen turut memuji cara Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang hanya menggelarkan dirinya sebagai ‘pak cik’ sahaja tanpa membahasakan dirinya sebagai ustaz.

Baru-baru ini, satu petisyen dilancarkan untuk menarik semula panggilan Da’i bagi penunggang agama. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: “Tarik Balik Panggilan Da’i”, Satu Petisyen Hapuskan Panggilan Untuk Penunggang Agama Dilancarkan

Comments

comments