Kenapa Staff Watson Selalu Bagi Bakul Dekat Pelanggan? Ini Sebabnya….

1704

Rata-rata dari kita memilih untuk membeli produk kesihatan dan kecantikan di ‘drug store’ seperti Watson dan Guardian. Maklumlah, harga yang ditawarkan lebih murah dan mempunyai banyak pilihan daripada tempat lain.

Kadang-kala semasa membeli barang di Watson, kita sering terlihat para pekerja akan memberi kita sebuah bakul walaupun kita hanya beli satu barang sahaja.

Pernahkah anda semua terfikir kenapa?

Namun ramai yang tak tahu bahawa pekerja-pekerja tersebut bukannya ‘busy body’ sengaja mengekori anda atau mahu ‘menyusahkan’ anda dengan memberikan bakul.

Menurut perkongsian seorang pekerja ‘drugstore’ di Twitter, beliau menyatakan bahawa pemberian bakul itu merupakan salah satu tugas yang perlu dilaksanakan untuk mencapai KPI mereka.


“Jika anda ke Watson, tolong jangan tolak pemberian bakul yang kami berikan, kerana ia berkaitan dengan KPI kami sebagai pekerja, walaupun anda hanya beli satu barang. Kami sangat gembira bila anda mengambil bakul.

Ini kerana bakul yang digunakan adalah untuk mengesan berapa banyak peratusan pelanggan yang membeli dalam sehari.

kesan berapa pembeli

Menurut beliau, sebagai pembeli anda jangan lakukan perkara pelik-pelik bila tahu pasal pengunaan bakul selepas ini.
jangan lakukan perkara pelik

Tambah beliau, bakul yang diberi kepada pelanggan ini dibuat dengan cara yang bukan paksaan.
tak dilikakukan dengan paksaan

Pekerja yang bagus harus mencapai KPI yang telah ditetapkan kepada para pekerja.
kena capai KPI

Ruangan komen penuh dengan komen-komen daripada netizen mengatakan bahawa mereka semua baru tahu tentang perkara tersebut.

netizen baru tahu

Admin pun baru tahu hari ini. Tapi admin kalau masuk Watson memang penuh bakul.

Sumber: Twitter

 

 

Comments

comments