Kenderaan Boleh Didenda Dan Penjara Jika Masih Guna ‘Hon Tenonet’

Sesiapa yang mendengar hon yang lebih satu irama atau lebih glamour dengan gelaran ‘hon tenonet’ pasti akan merasa kurang senang dengan bunyi yang dihasilkan.

Menerusi akaun Facebook rasmi JPJ Selangor, mana-mana kenderaan yang menggunakan ‘hon tenonet’ boleh didenda maksimum RM 2,000 atau penjara tidak melebih enam bulan.

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Nazli Md Taib, Operasi Penguatkuasaan Hon Melebihi Satu Nada atau Berirama telah dijalankan sejak 1 Mac lalu hasil daripada aduan orang awam.

Advertisement

Hon merupakan satu instrumen yang penting bagi pengguna jalan raya untuk memberi isyarat, amaran atau peringatan kepada pengguna jalan raya menerusi sistem bunyi.

Namun, penggunaan ‘hon tenonet’ sudah menjadi kegemaran sekaligus trending  untuk kenderaan khususnya bas dan lori muatan berat pada masa ini.

Ini juga boleh menimbulkan kekeliruan dan mengganggu ketenteraman orang awam dengan penghasilan bunyinya yang cukup kuat.

Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan.

Sumber

Comments

comments