Kenderaan ‘Cuba Nasib’ Masuk Ke Kelantan Diarah Patah Balik

kenderaan balik kampung

Sebanyak 55 buah kenderaan dilaporkan cuba untuk masuk ke negeri Kelantan diarah untuk berpatah balik kerana gagal menunjukkan surat kebenaran polis untuk merentas negeri ketika berada di sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri iaitu Gua Musang, Pasir Puteh dan Jeli, semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, kebanyakan daripada mereka datang dari Pahang, Perak dan Terengganu mencuba nasib dan sanggup memandu dengan jarak jauh untuk pulang ke Kelantan menyambut Aidiladha.

sekatan jalan raya
Gambar Hiasan

Menurut Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah selaku Timbalan Ketua Polis Kelantan, pihaknya mengarahkan mereka untuk berpatah balik kerana tidak mempunyai surat kebenaran merentas negeri.

“Kita mendapati mereka hanya mencuba nasib untuk pulang ke Kelantan walaupun tahu peluang untuk merentas negeri adalah tipis”

Menurutnya, pihaknya berharap agar tindakan yang dilakukan oleh pihak polis ini dapat memberi pengajaran kepada individu lain untuk tidak cuba merentas negeri.

Advertisement

Dalam pada itu, aliran trafik di Kelantan pada hari ini dilaporkan lancar tanpa berlaku peningkatan kenderaan.

Sumber

SUMBERHarian Metro

Comments