Kenderaan Terlibat Kemalangan Ditunda Oleh Trak, Gambar Diambil Menujukkan Wanita Misteri Di Dalamnya

7693

Satu kemalangan yang berlaku kepada seorang wanita bernama Namb di Thailand tular di media sosial kerana terdapat lembaga-lembaga ganjil dalam gambar kenderaan pacuan empat rodanya yang ditunda oleh trak tunda.

Khabarnya, Namb mendapat berita bahawa sepupunya terlibat dalam kemalangan di bandar Saraburi.

Disebabkan dia ialah ahli keluarga terdekat, teman lelaki Namb yang bernama Phi terus mencapai kunci kenderaan dan memandu ke sana bersamanya pada kira-kira jam 4.00 pagi.

Dalam perjalanan, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Untuk membantu melihat dengan lebih jelas,  Phi telah memasang lampu tinggi. Tiba di sebuah selekoh yang gelap dan sunyi, Namb berdebar. Entah mengapa di selekoh itu tiada cahaya dan tiada kenderaan lain. Keadaan senyap dan sunyi.

Tiba-tiba, Namb terlihat seekor ular sedang melintas dalam hujan di jalan hadapannya.

Phi terkejut, dia menekan brek, tetap terlanggar ular yang besar itu menyebabkan kenderaannya terbalik empat kali sebelum berhenti.

Dia bingung seketika. Sempat dia terfikir, sekiranya kenderaan itu terbalik sekali saja lagi, tak tahu apa nasibnya, mungkin leher telah patah . Dalam keadaan kenderaannya terbalik beberapa kali, sempat bayangan wajah nenek dan bapanya terpancar di ingatan.

Pada masa itu, dia melihat Phi di sebelah, dan bersyukur kerana teman lelakimya tidak parah, hanya terdapat sedikit kecederaan di kaki.

Mereka berdua kemudiannya berusaha untuk keluar dari kenderaan yang terbalik. Keadaan di selekoh itu sunyi dan cuaca amat dingin.

Mereka berdua duduk di atas jalan sambil memasang lampu pada telefon, menyuluh kepada kereta yang terbalik sambil cuba menahan kereta yang lalu lalang untuk memohon bantuan.

Lebih 10 buah kereta lalu, namun tiada yang berhenti. Akhirnya, satu pasangan bersama anak mereka berhenti dan membantu.

Namb bertanya jika mereka ada terjumpa bangkai ular besar yang mereka langgar sebelum kenderaan itu terbalik. Tetapi pelik, pasangan itu mengatakan tiada bangkai ular di situ.

Mereka dihantar ke hospital dan setelah menerima rawatan, mereka pergi ke balai polis untuk melihat keadaan kenderaan. Sukar mempercayai mereka selamat dan hanya cedera ringan jika melihatkan keadaan kenderaan tersebut.

Apa yang lebih membingungkan mereka dihantar gambar-gambar kenderaan itu sewaktu hendak ditunda oleh trak tunda.

Foto: Namfon Janthon
Foto: Namfon Janthon

Terdapat bayangan seorang wanita dalam gambar-gambar yang diambil. Sedangkan ketika gambar-gambar itu diambil, dalamnya kosong sahaja.

Foto: Namfon Janthon

Apa pun, Namb bersyukur kerana dia masih dapat melihat dunia, langit biru dan ahli keluarganya, walaupun apa yang menyebabkan kemalangan itu berlaku masih menjadi misteri buatnya. – amazingnara.com

 

Comments

comments