Kentut Busuk? Perancis Cipta Pil Bagi Kentut Berbau Harum

Seorang lelaki di Perancis telah mencipta pill yang akan membuatkan kentut anda berbau harum. Pasti anda semua tahu bahawa kentut akan berbau busuk apabila makan makanan seperti telur atau makanan yang sudah busuk.

Tetapi sekarang anda tidak lagi perlu risau kerana kentut anda tidak lagi akan berbau busuk kerana ia mempunyai pelbagai jenis aroma seperti coklat dan juga violet.

Anda juga boleh menjadikan bau kentut anda berbau ros yang telah dihasilkan oleh Christian Poincheval.


Produk ini dikenali sebagai PilulePet, yang telah dicipta sekitar tahun 2007. Menurut beliau, pil yang dijual olehnya menggunakan bahan semulajadi sahaja.

Advertisement

Katanya, pelanggan kami berterusan menggunakan pil ini dan ia membuktikan bahawa produk yang dikeluarkan oleh syarikat kami berkesan.

Terdapat pelbagai perisa yang dikeluarkan, antaranya ialah Christmas Chocolate, May Day Lily, St Valentine Ginger, Violet dan Rose.

Satu botol pil dijual £17 dan jika anda pembeli ingin mencuba terlebih dahulu, setengah paket dijual dengan harga £13.52.

Jika pil ini masuk pasaran Malaysia pasti laku keras ni.

Comments