Kenyataan ‘Mimpi Ngeri’ Makan Diri, Pemain Thailand Teruk Kena ‘Troll’

196

Semalam merupakan hari paling bermakna buat rakyat Malaysia, saat Harimau Malaya menunjukkan taring dan megaum penuh semangat sehingga berjaya menumpaskan pasukan Thailand dengan kemenangan terikat 2-2. Tentunya ia cukup membanggakan kerana bukan mudah untuk berdepan dengan lawan yang agak sukar seperti Gajah Perang.

Sebelum perlawanan separuh akhir AFF Suzuki Cup 2018 bermula, kapten pasukan Thailand iaitu Chatchai Budprom pernah memberikan kenyataan penuh yakin pasukan Malaysia akan menghadapi ‘mimpi ngeri’.





Namun, kenyataan beliau itu yang disifatkan agak bongkak akhirnya memakan diri dan teruk juga Chatchai kena bahan serta ‘troll’ oleh netizen.  Mungkin rasa tertekan dan malu, beliau juga meletakkan mode privasi pada Instagramnya.


Pasukan Harimau Malaya bakal berdepan sama ada Vietnam atau Filipina dalam perlawanan akhir pada 11 dan 15 Disember 2018.

Kredit Foto : Utusan Malaysia

Comments

comments